Monday, October 11, 2010

TipS nak segarkan sayuran

Assalamualaikum warahmatuullah


kali ini ana nak berkongsi satu topik yang agak ringan dan berguna untuk semua orang terutama yang akan melakukan pekerjaan ini seharian( memasak).terutama kepada para wanita, ibu2, kakak2, para isteri yang memang pekerjaan  seharian itulah yang mesti dilakukan.


Ummi saya selalu berpesan ketika kami memasak bersama-sama:
      " Eman, kalau petik cili, biarla dengan tangkainya sekali, nanti kalau lebih boleh simpan dalam peti ais, tahan lebih lama," begitula kata ummi ana.ummi ana seorang yang hebat dalam memasak. tiada siapa yang boleh tandingi masakan ummi ana.masakan ummi ialah makanan kegemaran ana.sedap hingga menjilat jari.ramai kawan ana yang memuji masakan ana.tapi ana x lah sehebat ummi ana.....hehehe





kembali kepada tajuk.....
betul tuan dan puan, kalau nak simpan sayuran seperti limau, sayur-sayuran macam kangkung kobis bunga dan pelbagai lagilah.....biarlah simpan dengan tangkai sekali. atau masa petik limau atau cili  biar sekali dengan batangnya.agar dia sentiasa segar x cepat busuk dan tahan lama( tapi jgnlah sampai seminggu baru nak guna).
ana cakap bukan sekadar omongan kosong sebab ada bukti melalui Al-quran dan kajian sains.mari kita lihat dengan mata hati berkenaan ayat dari Kitabullah Al-'Aziz.
Surah Yusuf ayat 47-48: Allah berfirman


قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ -٤٧- ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ -٤٨- 

Dia (Yusuf) berkata, “Agar kamu bercocok tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.(47)
Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit(kemarau), yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.(48)

Berdasarkan kajian Dr.'Abd al-Majid bil'abid dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin menemui penemuan berikut terhadap bijiran yang disimpan tanpa tangkai dan bijirin yang disimpan dengan tangkai selama dua tahun.

Bijirin dengan tangkai
Bijirin tanpa tangkai
Tiada sebarang perubahan direkodkan, malah masih segar 100% untuk dijadikan benih.
Normal
Hilang sejumlah air dan menjadikan bijirin tersebut lebih kering.
20.3% daripada berat bijirin adalah air yang boleh merosakkan bijirin.
Kandungan protein dan gula tidak berkurang
Kadar kandungan protein dan gula menurun sebanyak 32%

Itulah dia kuasa Allah.Dia tahu yang terbaik untuk hambanya.Oleh itu apa2 sahaja yang kita lakukan harus disandarkan dan dikembalikan kepada Pencipta kita (ALLAH).hatta dalam memasak harus dimulakan dengan basmalah (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ -١- ).disertai dengan selawat.agar yang kita lakukan diberkati malah perbuatan yang kita lakukan ini yang disertai dengan penuh kasih sayang dapat dirasai oleh ahli keluarga kita yang menikmati masakan kita. ditambah pula dengan rasa sedap dari masakan yang kita masak.

* terima kasih kepada mjlh solusi  isu 20 kerana memberi ana idea untuk menulis tentang topik ini.marilah sama2 kita amalkan.


PanDuAn SeHariaN

Pages