Monday, September 27, 2010

Soalan Umar Al-khatab

Marilah sama-sama kita hayati kisah seorang sahabat nabi iaitu Saidina Umar Al-Khatab diambang kewafatannya.....


Kisah bermula...........
        Suatu hari Saidina Umar Al-Khatab datang ke masjid untuk mengimami solat subuh, tetapi ketika hendak mengimamkan solat datang seorang yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu
ah(ابو لؤلؤة) datang terus menyerang hendap Umar lalu menusuk perutnya dan merobek-robek perutnya sehingga terkeluar segala isinya.Ya allah betapa sak itnya penderitaan yang dialami Sahabat nabi ini yang digelar Al-Farouq(pemisah antara haq dan batin)


     Melihat kejadian itu, dengan pantas sahabatnya, Saidina Abdurrahman Bin 'Auf menggantikan Umar untuk menjadi imam solat subuh.Solat subuh pada pagi itu dilaksanakan dengan segera.


     Setelah selesai mengimamkan solat, sahabatnya itu terus mendapatkan Umar yang tidak sedarkan diri dan melihat darah kesan tusukan Abu Lu'lu'ah  terus mengalir dari perutnya. Tidak lama kemudian Umar terjaga dari pengsannya. Dengan nafas tercungap-cungap, terfikir dibenaknya satu soalan.....
                                                                     أصلينا الناس؟؟؟؟
    Adakah kamu semua sudah solat???? Selepas itu beliau memanggil anak lelakinya,Abdullah bin Umar.Lalu berkata"Bawakan ayah segelas air". " Adakah engkau mahu air sedangkan pagi tadi aku berikan engkau segelas susu tapi susu itu ketika ini sudahpun keluar dari perutmu, wahai ayahku"tanya anaknya.Jawab Umar"Aku bukan mahu minum air itu, aku nak ambil wudu' aku belum bersembahyang




wahai teman dan sahabat seperjuangan sekalian,
    itulah dia kisah seorang sahabat nabi.saat kewafatannya masih lagi difikirkan tentang ibadahnya.Hebat sungguh tarbiyah yang Rasullah berikan  kepada sahabatnya.Bagaimana pula kita disaat kematian kita nanti??? Apakah yang kita fikirkan??? perkara apakah yang masih berlegar-legar dalam pemikiran kita???
Senang atau susah untuk malaikat Izrael untuk menyabut nyawa kita??? Sedangkan Rasullah ketika kewafatannya malaikat Izrael menyabut nyawa baginda dengan perlahan sekali tetapi kesakitan terasa sehingga nabi berdoa biarlah seluruh kesakitan yang dialami umatnya, baginda yang menanggung.Ya Allah, nabi pun masih lagi memikirkan umatnya..marilah sama-sama kita muhasabah diri ini yang penuh dengan dosa dan noda untuk meningkat lagi amalan kita menuju Hari Akhirat.Ingatlah tujuan kita hidup didunia ini....
Firman Allah dalam Surah Ad-zariyat:
                                                      وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ -٥٦-
            Maksudnya:  Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
      


    

PanDuAn SeHariaN

Pages