Tuesday, December 21, 2010

Bab 4- I'tidal(Sifat Pengembalian)

     Sikap pegembalian, dilakukan dengan berdiri kembali setelah melakukan ruku'.Diamlah sebentar dan biarkan tulang-tulang kembali pada posisinya semula.Dengan melakukan gerakan i'tidal agak lama, memberikan kesempatan agar  aliran darah dari otak turun kembali ke seluruh tubuh. Pada masa yang sama, secara kejiwaan kita mengatakan, bahawa Allah Maha Mendengar orang yang memujinya.(سمع الله لمن حمده).


  Ya Tuhanku, milikMu segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki sesudah itu.

    Jika dilakukan dengan benar, bacaan ini sangat mempengaruhi pembacanya.Kita akan merasakan kebebasan dan kemerdekaan yang luar biasa. Jiwa kita seakan diangkat ke langit spiritual yang tak terbatas. Kita menjadi tidak membawa  beban apa2. Milik tuhan telah kita kembalikan.Roh kita telah bebas terbang tidak terikat oleh nafsu-nafsu yang mengongkong. Rasa memiliki inilah yang membuat kita sering terseksa serta membuat kita panik dan gelisah.Allah bersabda:

"Apabila datang musibah kepada mereka maka mereka mengatakan: sesungguhnya Aku berasal dari Allah dan kepadaNya aku kembali."( Al-Baqarah, 2:156)

    Dengan sikap pengembalian inilah manusia menjadi terbatas dari sensasi perasaan yang berasal dari hati dan sensasi fikiran yang muncul dari otak, serta sensasi na yang muncul dari libido (sex) tubuh kita. Kerana Sang aku bukan itu semua. "Aku" bebas dari itu semua kerana "Aku" kembali kepada Allah. Kondisi seperti ini menurut ahli psikologi dinamakan sebagai Gate Control Theory, iaitu hilangnya pengaruh sensasi tubuh termasuk rasa sakit, rasa gelisah, rasa sedih, dan rasa penat, kerana adanya ransangan dari dalam diri sendiri yang lebih besar dibandingkan ransangan dari luar sehingga menghambat ransangan dari luar tersebut masuk ke dalam otak. Ransangan yang lebih besar pada saat seseorang melakukan sikap pengembalian adalah meningkatkan tingkat kesedaran (altered states of consciousness )., di mana muncul kesedaran jiwa untuk lepas dari ikatan tubuh.

  Sebuah kisah terjadi pada peristiwa Sayyidina Ali, di saat tubuhnya tertusuk anak panah. Beliau merasakan kesakitan ketika anak panah dicabut oleh sahabat yang lain. Kerana tidak tahan dengan sakitnya, maka beliau memutuskan untuk melakukan solat dua raka'at sambil berpesan kepada sahabatnya:" Cabutlah anak panah ini disaat saya sedang solat". Sungguh ajaib, beliau tidak merasakan kesakitan sama sekali di saat anak panah itu dicabut dari tubuhnya. Rasa sakit (sensasi rasa sakit) telah dihambat oleh rasa yang lebih besar iaitu rasa tenang dan nikmat memenuhi otak beliau ketika melakukan  solat

Seorang yang kaya raya telah meminjamkan rumah dan segala perabotnya kepada orang lain selama  20 tahun dengan janji akan diminta kembali pada waktunya nanti. Setelah waktunya tiba, si pemilik rumah datang  untuk mengambil haknya kembali. Jika si peminjam adalah seorang yang sedar atas hal tersebut, maka ia akan berterima kasih atas kebaikan yang telah diberikan kepadanya. Ia tidak akan kecewa, malah terharu, kerana di zaman sekarang masih ada orang yang mahu membantu meminjamkan rumahnya sekian lama. Dia akan berterima kasih berulang-ulang kepada si pemilik rumah dan kalau sudah mengucapkannya, rasa plong sekali dan penuh kebahagian.

Sikap ini terjadi tatkala kita mengembalikan kesedaran kita, bahawa segala sesuatu adalah milik Allah. Dengan sedemikian, akan muncul perasaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa. Hati bening sekali di kala rumah kita terbakar, anak kita mati. Itu semua bukan cubaan, tetapi hanyalah fitnah (presepsi) fikiran kita yang keliru, kerana menganggap semua itu adalah hasil karya kita dan milik kita. Semakin kesedaran kita tertutup( rendah), maka semakin banyak pula terseksa hati kita.


PRAKTIKAL

Berdirilah dengan tenang dan biarkan jiwa kembali pergi ke hadratNya. Sedarkan bahawa penglihatan dan pendengaran yang kita sandang, pernafasan yang mengalir sendiri, jantung yang berdenyut tiada henti, daya kekuatan diri serta otak yang berfikir, kita selaraskan dengan kemahuan kudrat  Ilahi. Lepaskan semua itu perlahan2 dan layangkan kepada Zat Yang Maha Meliputi.Setelah kita benar-benar melepaskan semua energi dan rasa memiliki, kita akan berada pada suasana tidak punya apa2. Kita hanyalah makhluk mendapatkan celupan Allah (صبغة الله). Kita berada dalam kendali kehendak Zat Yang Maha Cerdas.

Biarkan suasana itu terasa sampai mantap. Jangan terburu-terburu untuk bersujud. Dalam kondisi seperti ini tubuh anda akan secara automatik menjadi relaks dan santai. Kondisi dimana otan anda tidak bekerja optimal, seperti fikiran anak kecil: berfikir tanpa pola dan tanpa persepsi. Yang anda rasakan hanya getaran yang mengalir sekujur tubuh yang mengangkat perasaan anda lepas. 

Friday, December 17, 2010

Bab 3-Ruku'

عن  مسعود البدر رضي الله عنه قال النبي صلى الله عليه وسلم: لا تجزء صلاة الرجل حتى يقيم ظهره الركوع والسجود
(ابو داود والنسائي)
"  Nabi bersabda: Tidak  sempurna solat seseorang sehingga diluruskannya belakangnya di waktu ruku' dan sujud."(HR Abu Daud dan Tirmizi)

  Kita sering menganggap, bahawa gerakan-gerakan solat bukan bahagian dari pekerjaan solat sehingga kita hanya berkonsentrasi pada bacaannya saja untuk kemudian cepat-cepat menyelesaikannya.Padahal, ruku'  merupakan rukun dari solat itu sendiri sehingga diperlukan gerakan yang sempurna dan tu'm aninah. Mari kita buang pandangan lama kita tentang solat.Sebenarnya kita melakukan solat adalah untuk melatih rohani dan fizik, sebagaimana orang-orang melatih dirinya dengan meditasi yoga @ yang lainnya,sehingga kita mendampakkan kesan yang sebaik setelah menjalankan solat, baik secara kejiwaan mahupun jasmani'. Kerana itu, ruku'lah dengan sempurna.


   Jika sikap ruku' ini dilaksanakan secara sempurna maka penyakit yang bersumber pada ruas tulang belakang dapat dihindari, seperti nyeri tulang belakang (acute lumbago) dan nyeri bahu (displacement of the cervical colum with humero scapular periathitis). Sementara itu, jiwa menjadi tenang dan tunduk mengikuti kemahuan penciptanya.


PRAKTIKAL


   Sambil mengucapkan takbir: " الله أكبر", dengan kesedaran sang Aku tetap berada di atas tubuh, ruku'lah pada posisi ruku', kedua kaki merapat dan kedua tangan memegang kedua lutut berdampingan. Demikian pula halnya dengan tumit, keduanya harus sejajar.Kedua lutut harus diluruskan dan dirapatkan. Dagu diletakkan di atas tulang dada. Selanjutnya, badan dilengkungkan dengan dahi ke arah lutut. Lakukanlah dengan sikap sempurna sampai anda merasakan ada tarikan otot dibelakang lutut anda.


  Posisi ruku' ini melenturkan tulang belakang, menggerakkan otot-otot yang kaku serta mengendorkan ruas-ruas tulang belakang agar tulang belakang kembali sesuai dengan anatominya.Latihan ini akan membuat anda berada dalam posisi istirehat. Tulang-tulang kembali kepada tempatnya yang tentunya akan menyihatkan anda. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar pada posisi istirehat dan relaks ini.
 .
   Sikap ini harus dilanjutkan dengan melatih jiwa kita dengan terapi kalimat yang penting dalam bacaan ruku' . Pengulangan kalimat ini mengandungi  vibrasi yang sangat kuat dalam mempengaruhi kejiwaan kita, apabila dilakukan  dengan benar dan bersikap meditatif:




سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده

  Lalu diamlah sehingga anda benar-benar merasakan getaran yang dikandung kalimat tersebut, bahawa Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung dan segala pujian bagi Nya. Keadaan ini akan membuat anda menjadi nol kembali, seperti alam dimana alam bergerak tanpa kemahuan dirinya. Alam hanya bergerak mengikuti nalurinya yang dikendalikan oleh Yang Maha Besar. Kita akan menjadi nol seperti bayi! Inilah keadaan yang dicari orang dalam meditasi tai chi iaitu tao ( kosong tapi ada ).

* nol-sifar

Thursday, December 16, 2010

Bab 2- Praktik Berdiri dan Takbiratul Ihram

   Setiap orang boleh melakukan perbuatan berdiri,  tetapi perbuatan ini akan terasa berbeza jika anda sedang berdiri di depan  panggung untuk pertama kalinya.tanpa sedar, keringat telah membasahi seluruh tubuh. Leher terasa sulit digerakkan, seolah tidak ada pelumasnya.Perut jadi kaku, bahkan keinginan untuk buang air kecil pun ikut-ikutan menyibukkan ,menjelang acara naik panggung.


   Keadaan ini sering terjadi dalam kehidupan sehari-hari yang selalu menghiasi kehidupan kita, baik di pejabat, di rumah, di ruang pertemuan, di saat mendengarkan penceramah memberikan ceramah, bahkan mungkin di saat kita melaksanakan solat. Hampir  24 jam kita diliputi rasa tegang dan cemas. Tanpa terasa, kita telah menyeksa tubuh kita sehingga banyak menimbulkan dampak yang tidak baik terhadap organ-organ tubuh. Hidup seperti didera oleh kehidupan yang menyeksakan.


   Sulit untuk memberikan gtuambaran seperti apa yang dimaksudkan dengan relaks, kerana orang ketika diperintahkan untuk relaks malah "mencari relaks".  Sebenarnya yang harus dilakukan bukan "mencari" tetapi "kembali". Barangkali anda masih ingat, ketika masa kanak-kanak sedang bermain di lapangan sambil membawa lari sebuah layang-layang yang dihiasi ekor yang panjang, sambil mengharapkan ada angin yang kencang yang akan membawanya terbang ke angkasa tinggi sekali. Ianya hanya terfokus kepada apa yang dikerjakan . Cuba anda bayangkan kembali saat anda menarik benang lalu mengulur. Lakukan sekarang, seolah-olah ada benang ditangan anda.Rasakan bahawa anda telah mengembalikan keadaan seperti di masa kanak-kanak yang sudah lama tidak kita dapatkan.Guru-guru tai chi di Cina menamakanya sung , iaitu sebuah rasa pergerakan yang bukan berasal dari kekuatan otot,, melainkan dari energi dalaman yang menggabungkan pernafasan dan fikiran.


  Upaya tanpa usaha, sebuah kontradiksi yang dapat dicapai dengan cara menanamkan sikap rela(pasrah) secara terus menerus, mengalahkan ego dan melepaskan ketegengan yang tidak diinginkan. Keadaan ini hanya boleh dilakukan jika kesedaran kita berada di atas kesedaran tubuh.


  Sekarang lakukanlah latihan sebagaimana di bawah ini.


    Berdirilah dengan kedua kaki sejajar ,terpisah selebar bahu, dengan berat tubuh terbahagi rata. Posisi rangka tubuh menggantung, seolah ditahan dari puncak kepala, ibarat kain basah yang digantung.


  Kendurkan seluruh persendian, sehingga berat tubuh tertumpu ke bawah dan mengakar melalui kedua kaki.Sepohon cemara yang lentur diterpa oleh angin kencang, akarnya berfungsi sebagai tumpuan batang yang mengikuti gerakan kemana pun angin bertiup.


  Biarkan kedua tangan anda menggantung bebas di kedua sisi tubuh.


    Berdirilah diam. Bernafaslah secara alamiah dan biarkan tubuh mengenali hubungannya dengan bumi. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar merasakan persendian tubuh kembali pada tempatnya semula.


  Setelah tubuh anda kendor dan nyaman, perlahan-perlahan sedarkan diri anda bahawa kita bukanlah tubuh ini. bukan kepala, bukan hati(perasaan)."Aku" adalah yang selalu sedar berada di atas perasaan, di atas tubuh ini, di atas fikiran ini, di atas rasa gelisah."Aku" adalah makhluk mental yang berasal dari tiupan Ilahi yang suci. Kalau anda memejamkan mata, anda akan merasakan dan boleh membezakan mana "Aku" yang sebenarnya. Disitu, ada "Aku" yang memperhatikan sensasi badan seperti lapar, sakit, sensasi yang menyenangkan, juga kesedihan. Anda akan boleh menyedari, bahawa ternyata sebenarnya bukan "Aku" yang lapar, sakit, dan sedih tetapi semua itu adalah  sensasi peralatan @ instrumen yang dimilki sang "Aku". Anda sebenarnya berada di luar @ di atas semua alat-alat tadi! Maka dari itu, anda harus melepaskan diri anda dari yang bukan  
hakiki(sebenarnya) agar tidak diombong-ambingkan oleh peralatan anda sendiri.


  Sedari "Aku" adalah yang menguasai perasaan dan fikiran. Jadilah tuan atas diri anda sendiri. Keluarlah dari tubuh anda seperti anda melepaskan baju, lalu tinggalkan dan jangan anda memikirkan semuanya itu, kerana peralatan anda mempunyai naluri yang akan bergerak menurut fungsinya masing-masing. Perhatikan saat anda tidur, "Aku" anda meninggalkan tubuh anda tanpa harus memikirkan bagaimana badanku nanti, Kenyataanya, instrumen tubuh dapat bekerja menurut yang dikehendaki oleh nalurinya sendiri.


SANG AKU NAIK KE LANGIT ( MI'RAJ)  
        
    Aku datang menghadap kepada wujud Zat yang menciptakan langit dan bumi dengan selurus-lurusnya. Sebuah perjalanan spiritual yang harus diperhatikan sehinggan jiwa kita benar-benar menembus wilayah yang tiada hujung, yang lepas tak terbatas(takbiratul ihram). Inilah kesedaran tertinggi dalam spiritual solat(mi'rkiajul mukminin)


PRAKTIKAL


   Sedarkan bahawa sang Aku adalah roh yang murni, yang berada di atas tubuh, di atas fikiran, di atas perasaan, di atas rasa sedih.Lepaskan perlahan-perlahan roh anda( Aku ) lalu bergeraklah untuk hadir menuju Zat yang Maha Tidak Terhingga.Diamlah sejenak sehingga anda merasakan betul pergerakan roh itu mendesir keluar sehingga muncul kesedaran, bahawa roh anda adalah sesuatu yang terpisah dengan tubuh dan sensasi instrumennya.Aku adalah roh murni yang bersih, yang selalu sedar kepada Allah untuk kembali إن لله وإن إليه راجعون.


   Apabila anda melakukannya denagn tepat, maka roh itu akan bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh emosi atau fikiran anda sendiri. Ia akan bergerak dengan cepat menuju keadaan yang luas tidak terbatas. Posisi ini merupakan pembebasan(kemerdekaan) bagi jiwa dari dorongan untuk mengikuti nafsu-nafsu yang muncul dari tubuh kita. Ia akan selalu berada di atas tubuh kita, sehingga ia tidak mudah terseret dan diombang-ambingkan oleh naluri tubuhnya.


  Bertakbirlah dengan: "الله أكبر"....... lepaskan roh anda sehingga terarah ke, pada yang Maha Besar, Yang tak      
Terbatas. Pertahankan keadaan yang luas dan bebas. Biarkan sampai anda tidak merasa goyah lagi. Teguhkan, bahawa sang Aku adalah roh yang berasal dari tiupan Ilahi, yang akan menangkap kalam-kalam Ilahi. Diamlah agar anda benar-benar murni, anda akan merasakan getaran yang menyelimuti halus sekali. Kemudian lakukanlah sikap memasrahkan diri.


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku mengikut kehendak Zat Yang Maha Mengatur Alam Semesta".( Surah Al-An'am:162)

   Rasakan perubahan keadaan jiwa dan tubuh anda. Ulangi lagi sampai anda benar-benar merasakan roh anda bergerak ......bangkit!

    Pastikan bahawa sang aku telah bebas dari kesedaran rendahnya, lalu bacalah surah Al-fatihah sebagai penunjuk jalan rohani kita menuju Allah.Biarkan roh meluncur dibawa tuntunan Allah SWT:

     "Hanya pada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan".(Al-Fatihah:5)

   Pada saat inilah keadaan roh kita merasa bebas dan luas sekali. Sebuah kenikmatan yang tiada bandingannya.Lanjutkanlah dengan membaca surah dalam Al-Quran yang mudah bagi anda. Bacalah, seolah anda membacanya dihadapan Sang Pencipta, sambil mengharap agar diturunkan ketenangan dan rahmatNya. Di samping itu, bacaan Al-Quran juga mengandungi getaran yang mampu mengubah jiwa kita.

p\s: tulisan yang berwarna merah (bahasa indonesia)

dampak-kesan

Tuesday, December 14, 2010

Latihan Relaksasi dan olah kejiwaan di dalam gerakan raka'at dan bacaan solat

 "Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku mengikuti kehendak Zat Yang Maha Mengatur Alam Semesta"


    Ilmu pengetahuan modern setuju, bahawa sesuatu di alam raya ini tidak lebih dari permainan energi vibrasi yang berlangsung terus mnerus, sedangkan bunyi tidak lebih dari vibrasi khusus.Lapisan- lapisan yang berbeza dari pemikiran dan tubuh, baik kasar mahupun halus, merupakan manifestasi dari sejumlah vibrasi suara yang berbeza, yang tidak terhitung jumlahnya dalam berbagai susunan dan kombinasi. Kita dapat mengatakan bahawa pemikiran dan tubuh adalah bentuk padat dari bunyi sehingga di dalam latihan ini diharapkan setiap gerak merupakan salah satu cara menghubungkannya kepada vibrasi yang lebih besar. Gerak yang bersatu dengan vibrasi alam serta vibrasi iman(keyakinan) yang dihubungkan dengan vibrasi kehendak Ilahi melalui namaNya yang Agung. Mustahil akan mendapat getaran energi alam apabila kita tidak dilakukan dengan kendor dan relaks. Nabi Muhammad menyarankan, agar didalam setiap melakukan gerakan solat kita dianjurkan bersikap relaks(thoma'ninah) sehingga kita boleh merehatkan tubuh, serta dapat mempertemukan tubuh dengan vibrasi hati yang telah diterangi nur Ilahi.

   Bacaan Al-quran yang tartil atau doa-doa yang lembut akan memberikan vibrasi yang kuat kepada perubahan mental dan mengandungi kekuatan penyembuhan(as-syifa').Bacaan Al-quran atau doa yang diucapkan mengandungi bunyi potensi yang dapat digunakan untuk mempengaruhi perubahan kesedaran. Hal seperti ini juga terdapat pada setiap kata @ kalimat bacaan solat yang diulang-ulang. Pengulangan ini memiliki kekuatan untuk mencadangkan dan menghipnosa mental yang gelisah dan bingung @ memasukkan ( meneggelamkan) fikiran dalam ketenangan yang luar biasa, yang sangat bermanfaat untuk menangkap ilham @ intuisi yang bisa digunakan sebagai petunjuk dalam kehidupan.

NAMA TUHAN YANG MENGETARKAN

  Sebuah pepatah mengatakan " Apa erti sebuah nama?". Bagi orang tertentu nama itu adalah sekadar sebuah panggilan untuk sesuatu @ seseorang. Pada tingkat yang lain, nama dapat digunakan sebagai 'perkakas' bertenaga, lambang-lambang potensi yang dapat digunakan untuk mengejutkan, menggetarkan , menenangkan  dan meransang hambatan2 energi di dalam diri sendiri @ orang lain.Penggunaannya memerlukan pemahaman dan pengalaman tingkat tinggi, dan biasanya digunakan oleh seorang guru spiritual terhadap muridnya yang terlatih, seorang penyembuh pada pesakitnya @ seorang ahli bela diri atas musuhnya.

   Islam memiliki nama-nama Tuhan (asmaul husna) yang mengandungi potensi yang dalam, sehingga diperlukan pula pemahaman yang dalam atas nama2 tersebut.Jika tidak, maka tidak ada bezanya menyebut nama-nama benda seperti gelas, piring, batu atau pasir. Begitu kita menyebut nama benda tersebut, kesedaran kita langsung kepada susuk yang dibatasi oleh wujud dan sifatnya. Nabi melarang melakukan hal ini ketika menyebut nama Allah, kerana kesedaran kita akan berhenti  kepada batasan yang terendah @ bahasa agama disebut syirik." Allah" bukan sekadar lafaz yang terdiri dari "alif lam lam ha" tetapi sebuah peta @ alamat yang jelas, iaitu zat yang tidak terbatas @ zat yang tertinggi.

  Ketika marenyebut nama Allah, secara automatik kesedaran kita akan menembus (melampui) alam-alam benda mahupun rupa yang memiliki batasan. Begitu seseorang menyebut nama Allah, ia akan langsung menanggalkan batasan2 kesedaran rendahnya menuju kesedaran wujud tertinggi dan terbatas. Diibaratkan sebuah lukisan , yang terlihat jelas oleh kesedaran yang tinggi adalah kanvasnya.Akan tetapi bagi orang awam, yang terlihat adalah gambar yang digores di atas kanvas.Pandangannya yang tertutup oleh warna-warni yang menghiasi kanvas tersebut.

 Nama Allah bukan mantera tetapi sebuah arah spiritual yang jelas, yang menutut orang untuk mencapai keadaan yang tertinggi, لا إله إلا الله menunjukkan, bahawa tiada yang tertinggi kecuali Yang Tertinggi.Namun banyak juga orang yang hanya menjadikan nama Allah sebagai mantera sehingga tidak tercapai potensi kedalaman jiwanya. Ia hanya terbatas pada tulisan A*L*L*A*H dan suara (Allaaah) yang hanya memberikan  kesan yang terbatas kepada mengheningkan pemikiran @ menurunkan frekuensi gelombang otak.Kesannya hampir sama dengan kesan yang dirasakan oleh orang yang menonton opera @ wayang kulit, pergi ke gunung,bernyanyi di bilik mandi.Banyak orang yang terjebak kepada kesedaran ini sehingga mengira teangah menuju puncak spiritual.Inilah yang dinamakan sebagai permainan "stimulasi biologi". Semua orang boleh merasakannya tanpa menyebut nama Tuhan sekali pun.


p\s:ikuti sambungan siri solat khusyuk ini.
     : tulisan ini diambil daripada buku terbitan indonesia hasil tulisan Abu Sangkan (Pelatihan Shalat Khusyu')

Sunday, December 5, 2010

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca.
Beruntunglah orang yang menjadikan tabiat membaca sebagai hobinya sejak kecil.Membaca memberikan satu ilmu yang sangat berguna,  bergantung kepada  bahan apa yang kita baca. jika bahan yang memberikan kita 1001 ilmu seperti Al-quran, buku motivasi,buku teks, jurnal, mahupun novel.hal ini dapat memberikan manfaat kepada pembacanya. sebaliknya jika kita memilih bahan bacaan picisan seperti komik, majalah hiburan.dan inilah membuang masa sahaja jika kita tidak mendapat 'ibrah daripadanya. Firman Allah dalam surah al-'alaq ayat 1-5
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ -١- خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ -٢- اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ -٣- الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ -٤- عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ -٥-






Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang Menciptakan.Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia.Yang Mengajar (manusia) dengan pena.Dia Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh(ihsan).Begitu juga dengan membaca.Pembaca memerlukan kemahiran yang betul dan tepat untuk memastikan input yang kita baca dapat dihadam dengan sebaiknya.mari kita teliti satu persatu teknik membaca. keslahan dalam membaca dan langkah membaca cepat.


PREVIEWING
teknik membaca sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran teks secara umum.Dengan preview pencapaian pemahaman maklumat dapat digarap dengan cepat, bahkan boleh membantu pembaca mengikuti gagasan penulisnya.


Bahagian yang dipreview


  •  Judul buku, penulis, penerbit dan tahun terbit
  • Genre @ jenis buku
  • Jumlah muka surat dan harga
  • Kata penerbit, kata penghantar, dan pendahuluan
  • Daftar isi kandung dan bilangan bab
  • Lampiran glosari, bibiliografi dan indeks
  • Jadual, carta, peta, ilustrasi dan foto
SCANNING
  • Menggerakkan mata dengan cepat pada setiap muka surat
  • Teknik membaca cepat untuk mencari maklumat yang anda inginkan
  • Maklumat didapati dengan bacaan secara melompat-lompat dengan melibatkan asosiasi(perkaitan) dan imiginasi(gambaran), sehingga dapat memahami bacaan tersebut kita dapat menghubungkan sesuatu kalimah dengan perkataan sendiri.
  • Tidak seluruh isi @ kalimah dibaca. Biasanya kata-kata kunci sahaja yang menjadi perhatian. Teknik ini biasa dilakukan ketika membaca akhbar harian iaitu mencari topik  berita yang dianggap menarik sahaja.
  • Sering kali anda sudah tahu apa yang anda kehendaki sehingga fikiran anda tetap fokus kepada penemuan jawapan.
  • Scanning akan menjawab apakah sumber bacaan itu relevan dengan kepentingan anda. ketika membuat scanning, anda akan tertumpu pada pola penulisan, tatabahasa, pernomboran, abjad, langkah-langkah seperti satu dan seterusnya, perkataan yang ditebalkan(bold), condong(italic) ,bergaris(underline), saiz huruf( point) yang berbeza, bentuk huruf yang berbeza(font), gaya cetak @ warna. Seringkali penulis, pereka bentuk dan penerbit akan menempatkan idea pokok @ penekanan tajuk dengan cara ini.
  • Jika anda membaca buku yang standard, gunakan indeks untuk mencari idea @ kata kunci .
SKIMMING
  • Teknik membaca cepat secara garis kasar sekilas lalu untuk mengenal pasti idea pokok sebuah teks @ gambaran umum isi buku.
  • Tidak perlu membaca perkataan demi perkataan seperti membaca not muzik
  • Kelajuan membaca 3 hingga 4 kali lebih cepat daripada kelajuan biasa.
  • Teknik digunakan jika banyak bacaan yang dibaca dalam masa yang terhad.
  • Gunakan skimming untuk melihat apakah teks @ buku tersebut sesuai @ relevan dengan bidang kajian anda
  • Langkah skimming , awalnya sama dengan previewing iaitu membaca judul dengan cepat, subjudul, lalu membaca ayat pertama @ terakhir setiap perenggan kerana biasanya idea pokok ada di situ.
  • Ingat bahawa anda menggunakan teknik skimming untuk mencari maklumat khusus bukan pemahaman secara menyeluruh. Idea pokok juga akan tergambar pada fakta yang diberikan dalam jadual graf @ peta.
  • Sebagai gambaran teknik ini seperti kita mencari erti perkataan dalam kamus @ mencari  nombor telefon dalam buku telefon
MEMBACA "WORD TO WORD"
Membaca seperti ini dipanggil pembacaan cermat. Ia memerlukan ketekunan dan pemahaman yang mendakam. Proses ini memerlukan masa yang panjang untuk satu sesi pembacaan.


TEKNIK MEMBACA CEPAT


  • Timbulkan minat yang tinggi.
  • Gunakan jari sebagai penunjuk
  • Terus maju
  • Yang penting ideanya
  • Lompatilah yang tidak menarik
  • Waktu senggang
  • Gunakan highlighter
  • Abaikan huruf -lihat frasa bukan perkataan
  • aLatihan-latihan-latihan
p\s:tulisan ini diambil dr majalah solusi isu18 tulisan Hj. Muhammad Zakaria



Wednesday, December 1, 2010

Resipi nasi bukhari ummi saya

nasi bukhari(tp ini bkn yg ummi saya masak )




Alhamdullilah hari ini saya berpeluang tolong ummi masak nasi bukhari.boleh tanya2 macam mana nak buat nasi bukhari.ada ke rahsia2 utk menyedapkan lagi.teringat saya thn lepas ummi buatkn nasi bukhari masa saya menghadapi peperiksaan spm sebanar.dptlah menjamah bersama rakan2 yg len.rasanya masa 2 pertama kali ummi buat nasi bukhari.hmmmmm. sedapnya hingga menjilat jari.x mahu cerita panjang. jom kita lihat apa resipinya.mudah dan senang untuk dimasak.


NASI BUKHARI
Menu utama
1) Nasi Bukhari
2) Daging Masak Merah
3) Arca


Bahan-bahan
NASI BUKHARI  


  1. Beras
  2. Air
  3. Daging
  4. Bawang putih dan merah
  5. Halia
  6. Kayu manis
  7. Bunga cengkih
  8. Buah pelaga                       


 DAGING MASAK MERAH


  1. Bahan untuk dikisar(Bawang merah dan putih, halia, tomato, cili kering, lengkuas)
  2. Daging
  3. Kentang yang sudah digoreng
  4. Daun kunyit
  5. Santan cair
  6. Kerisik ( jika perlu)
  7. Garam dan gula                          


  ARCA 


  1. Tomato
  2. Timun
  3. Cili besar
  4. Bawang besar
  5. Udang kering




Cara-cara
NASI BUKHARI
  • Basuh beras sehingga bersih.masukkan sedikit air dan tanak dlm rice cooker.
  • Tumis bawang putih dan merah bersama daging, halia, kayu manis, buah pelaga, dan bunga cengkih.tumis sehingga bau naik.masukkan garam(jgn dilupakan)
  • Apabila daging sudah masak,masukkan pes tomato ke dalam tumisan.
  • selepas itu masukkan campuran pes tomato dan tumisan ke dalam nasi di rice cooker.
DAGING MASAK MERAH
  • Kisar semua bahan yang perlu dikisar.kemudian tumiskan bhn tersebut bersama daging.tumis sehingga naik bau dan hilang minyak.
  • Masukkan asam keping.gaul sehingga rata.
  • Masukkan kentang.kemudian masukkan santan cair.gaul lagi.
  • Kemudian masukkan kerisik(jika mahu, xde pun xpe).
  • Sebagai perasa masukkan garam dan gula secukup rasa.    
ARCA
  • Potong timun, tomato, cili besar dan bawang besar (ikut cita rasa)
  • Tumbuk udang kering sehingga halus.
  • Campurkan semua bahan dan letak gula dan garam secukup rasa.
Apabila siap semua menu, boleh dihidang untuk santapan bersama.............

P\s: memang sukatan x diberi. terpulang kepada anda utk meletakkannya.ikutlah berapa orang yang nak dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!( mulakanlah dengan BASMALAH)

مع التوفيق والنجاح

Tuesday, November 2, 2010

bebas Palestin


Bebas Palestin

Album :
Munsyid : Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
http://liriknasyid.com



Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart - Bebas Palestin


ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah


Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta


Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya


Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara


Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya


Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara







Monday, October 11, 2010

TipS nak segarkan sayuran

Assalamualaikum warahmatuullah


kali ini ana nak berkongsi satu topik yang agak ringan dan berguna untuk semua orang terutama yang akan melakukan pekerjaan ini seharian( memasak).terutama kepada para wanita, ibu2, kakak2, para isteri yang memang pekerjaan  seharian itulah yang mesti dilakukan.


Ummi saya selalu berpesan ketika kami memasak bersama-sama:
      " Eman, kalau petik cili, biarla dengan tangkainya sekali, nanti kalau lebih boleh simpan dalam peti ais, tahan lebih lama," begitula kata ummi ana.ummi ana seorang yang hebat dalam memasak. tiada siapa yang boleh tandingi masakan ummi ana.masakan ummi ialah makanan kegemaran ana.sedap hingga menjilat jari.ramai kawan ana yang memuji masakan ana.tapi ana x lah sehebat ummi ana.....hehehe





kembali kepada tajuk.....
betul tuan dan puan, kalau nak simpan sayuran seperti limau, sayur-sayuran macam kangkung kobis bunga dan pelbagai lagilah.....biarlah simpan dengan tangkai sekali. atau masa petik limau atau cili  biar sekali dengan batangnya.agar dia sentiasa segar x cepat busuk dan tahan lama( tapi jgnlah sampai seminggu baru nak guna).
ana cakap bukan sekadar omongan kosong sebab ada bukti melalui Al-quran dan kajian sains.mari kita lihat dengan mata hati berkenaan ayat dari Kitabullah Al-'Aziz.
Surah Yusuf ayat 47-48: Allah berfirman


قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ -٤٧- ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ -٤٨- 

Dia (Yusuf) berkata, “Agar kamu bercocok tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.(47)
Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit(kemarau), yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.(48)

Berdasarkan kajian Dr.'Abd al-Majid bil'abid dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin menemui penemuan berikut terhadap bijiran yang disimpan tanpa tangkai dan bijirin yang disimpan dengan tangkai selama dua tahun.

Bijirin dengan tangkai
Bijirin tanpa tangkai
Tiada sebarang perubahan direkodkan, malah masih segar 100% untuk dijadikan benih.
Normal
Hilang sejumlah air dan menjadikan bijirin tersebut lebih kering.
20.3% daripada berat bijirin adalah air yang boleh merosakkan bijirin.
Kandungan protein dan gula tidak berkurang
Kadar kandungan protein dan gula menurun sebanyak 32%

Itulah dia kuasa Allah.Dia tahu yang terbaik untuk hambanya.Oleh itu apa2 sahaja yang kita lakukan harus disandarkan dan dikembalikan kepada Pencipta kita (ALLAH).hatta dalam memasak harus dimulakan dengan basmalah (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ -١- ).disertai dengan selawat.agar yang kita lakukan diberkati malah perbuatan yang kita lakukan ini yang disertai dengan penuh kasih sayang dapat dirasai oleh ahli keluarga kita yang menikmati masakan kita. ditambah pula dengan rasa sedap dari masakan yang kita masak.

* terima kasih kepada mjlh solusi  isu 20 kerana memberi ana idea untuk menulis tentang topik ini.marilah sama2 kita amalkan.


Monday, September 27, 2010

Soalan Umar Al-khatab

Marilah sama-sama kita hayati kisah seorang sahabat nabi iaitu Saidina Umar Al-Khatab diambang kewafatannya.....


Kisah bermula...........
        Suatu hari Saidina Umar Al-Khatab datang ke masjid untuk mengimami solat subuh, tetapi ketika hendak mengimamkan solat datang seorang yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu
ah(ابو لؤلؤة) datang terus menyerang hendap Umar lalu menusuk perutnya dan merobek-robek perutnya sehingga terkeluar segala isinya.Ya allah betapa sak itnya penderitaan yang dialami Sahabat nabi ini yang digelar Al-Farouq(pemisah antara haq dan batin)


     Melihat kejadian itu, dengan pantas sahabatnya, Saidina Abdurrahman Bin 'Auf menggantikan Umar untuk menjadi imam solat subuh.Solat subuh pada pagi itu dilaksanakan dengan segera.


     Setelah selesai mengimamkan solat, sahabatnya itu terus mendapatkan Umar yang tidak sedarkan diri dan melihat darah kesan tusukan Abu Lu'lu'ah  terus mengalir dari perutnya. Tidak lama kemudian Umar terjaga dari pengsannya. Dengan nafas tercungap-cungap, terfikir dibenaknya satu soalan.....
                                                                     أصلينا الناس؟؟؟؟
    Adakah kamu semua sudah solat???? Selepas itu beliau memanggil anak lelakinya,Abdullah bin Umar.Lalu berkata"Bawakan ayah segelas air". " Adakah engkau mahu air sedangkan pagi tadi aku berikan engkau segelas susu tapi susu itu ketika ini sudahpun keluar dari perutmu, wahai ayahku"tanya anaknya.Jawab Umar"Aku bukan mahu minum air itu, aku nak ambil wudu' aku belum bersembahyang




wahai teman dan sahabat seperjuangan sekalian,
    itulah dia kisah seorang sahabat nabi.saat kewafatannya masih lagi difikirkan tentang ibadahnya.Hebat sungguh tarbiyah yang Rasullah berikan  kepada sahabatnya.Bagaimana pula kita disaat kematian kita nanti??? Apakah yang kita fikirkan??? perkara apakah yang masih berlegar-legar dalam pemikiran kita???
Senang atau susah untuk malaikat Izrael untuk menyabut nyawa kita??? Sedangkan Rasullah ketika kewafatannya malaikat Izrael menyabut nyawa baginda dengan perlahan sekali tetapi kesakitan terasa sehingga nabi berdoa biarlah seluruh kesakitan yang dialami umatnya, baginda yang menanggung.Ya Allah, nabi pun masih lagi memikirkan umatnya..marilah sama-sama kita muhasabah diri ini yang penuh dengan dosa dan noda untuk meningkat lagi amalan kita menuju Hari Akhirat.Ingatlah tujuan kita hidup didunia ini....
Firman Allah dalam Surah Ad-zariyat:
                                                      وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ -٥٦-
            Maksudnya:  Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
      


    

Tuesday, August 24, 2010

satu hari satu cerita


   Suatu hari ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin Samak, seoarang imam yang sangat zuhud. Dia mengeluh kerana dibebani hutang dan kesulitan mendapatkan wang.
   Ibn Samak lalu bertanya kepadanya:"Berapakah wang yang engkau perlukan?"  Dia menjawab "sepuluh ribu" 
    Ibn Samak betanya lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?"
si fakir menjawab "Tidak mahu"
 Ulama itu berkata lagi: "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidahmu menjadi bisu?" Dia mengulangi jawapan sebentar tadi"Tidak mahu"
  "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tangan kamu terputus? Sekali lagi orang itu menjawab :" Saya tidak mahu"
  Ulama yang bijak itu lalu berkata:" Kamu memiliki seuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tetapi mengapa masih bersedih??????

itulah dia sahabat, teman rakan dan taulan adik tuan puan satu kisah pendek yang penuh makna dan maksud yang tersirat jika dilihat dengan mata hati.'ibrah yang begitu banyak sekali.lihat saja disekeliling kita.semua yang ade disekeliling kita semua adalah nikmat drpd Allah yang dianugerahkan kpd hambaNYA.tetapi itu semua adlah pinjaman semata-mata.teringat lirik lagu rabbani
"mana milik kita , 
tidak ada milik kita , 
hanya Allah yang punya.
daripada anngota badan kita , ayah ibu adik baradik saudara mara hatta kereta rumah kebijaksanaan yang kita miliki. itu adalah semua nikmat yang tidak terhinnga Pencipta Yang Maha Agung kepada hambanya yang hina ini.maka bersyukurlah dengan semua nikmat yang dikurniakan.gunakan ia untuk mentaatuNya bukan untuk melanggar perintahNYA.itulah tanda kesyukuran kita sebagai menghargai nikmat yang dianugerahkan.
Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rahman (yang diulang sebanyak 31 kali dlm surah ini):
فبأى ءالاء ربكما تكذبان 
Maksudnya: Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..
 setelah membaca tafsiran dlm surah ini, tertarik ana untuk berkongsi dengan saudara saudari sekalian.dlm tafsiran mengikut tafsir Al-jalalain
kamu berdua(jin & dan manusia)
  
استفهام   atau kata tanya yang terdapat dalam ayat ini mengandungi makna taqrir atau menetapkan, demikian itu kerana ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim melalui Jabir r.a. yang telah mencritakan bahawa Rasullah S.A.W. membacakan kepada kami surah ar-Rahman hingga selesai , Kemudian beliau bersabda " Mengapa kalian ini diam sahaja ? Sungguh  jin lebih baik jawapannya daripda kalian kerana tiada sekali-kali aku bacakan kepada mereka ayat ini,(Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..) melainkan mereka menjawab " Wahai Rabb kami, tiada satu pun nikmat -Mu yang kami dustakan , bagi-Mu segala puji.
  setakat ini sahaja.marilah sama2 kita fikirkan adakah kita sudah menggunakan semua nikmat yang ada dengan sebaiknya. adkah digunakan untuk mnurut egala perintahNYa atau sebaliknya......fikirkan lah wahai manusia sekalian
akhir kalam ASSALAMUALAIKUM




Friday, August 13, 2010

MAKLUMAT KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA KE MOROCCO(MAGHRIBI)

x
1. Wang Saku


  • 300 Euro\3000 Dirham Maghribi( utk kegunaan sebarang urusan kedatangan mahasiswa baru)  
  • Sediakan wang saku peribadi untuk sebarang pembelian barang2 keperluan asas di Maghribi.
2. Dokumen
  • Terjemahan sijil SPM-(asal)
  • Terjemahan surat beranak-(asal)
  • Slip SPM-(slip asal)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa
  • Salinan kad pengenalan sendiri
  • Pasport dan visa ke Maghribi
  • 12 keping gambar berukuran pasport
  • Buat salinan bagi setiap dokumen tersebut( 5 salinan bagi setiap dokumen)
                * Sijil\slip keputusan SPM
                * Terjemahan SPM
                * Kad pengenalan ibu bapa
                * Surat beranak
                * Terjemahan surat beranak
                * Pasport dan Visa
3.  Pakaian
  • Baju batik(wajib) lelaki- sekurang-kurangnya sehelai
  • Baju melayu sepasang termasuk sampin dan songkok hitam ( wajib ) lelaki - sekurang-kurangnya sehalai
  • Kot hitam, seluar slack hitam , tali leher dan kasut hitam (wajib ) lelaki
  • Baju kurung (wajib ) perempuan
  • Tudung Labuh (wajib ) berwaena krim untuk perempuan
  • baju sejuk tebal (persediaan musim sejuk, boleh didapatkan di Maghribi)
  • Pakaian harian untuk ke universiti dan ketika berada di rumah
  • Pakaian sukan,
  • Lain-lain kelengkapan peribadi yang difikirkan perlu.
4.  Makanan (Barangan ini sukar untuk didapati di Maghribi )
  • Rempah ratus ( kari,kurma,tom yan, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan lain-lain)
  • Perencah nasi goreng, sup bunjut dan lain-lain
  • Makanan dan kuih muih yang difikirkan perlu
  • Makanan2 kering
  • Lain-lain rempah ratus juga keperluan yang difikirkan perlu 
5. Peralatan Elektrik (Barangan ini sukar untuk didapati di Maghribi )
  • Periuk nasi elektrik
  • Seterika
  • Mesin Pengisar (blender)     
* nasihat saya: bila dh dpt tarikh penerbgn baru bncg psl brgn elektrik nie.lebih baik pakat2 dgn kawan yg lain berkongsi lebihh baik rasenya.

6. Alat Tulis
  • Kertas kajang (jika difikirkan perlu. kertas ni amat sukar unuk dijumpai di Maghribi)
  • Alat tulis (jika difikirkan perlu sbbnya barangan di Maghribi kurang berkualiti dan mahal )
peringatan: WANG SAKU SEELOKNYA DITUKARKAN KE EURO ATAU DOLAR SAHAJA DAN DITUKARKAN DI MALAYSIA KERANA DUIT MALAYSIA TIDAK LAKU UNTUK DITUKARKAN DI MAGHRIBI. HARAP MAKLUM...
  
salinan semula daripada surat yang dihantar oleh ketua pelajar s'ngor di maghribi kpd pelajar2 selangor:
Engku Amir Hamzah bin Engku Muhammad Nur.

di sini saya sertakan sekali id ym pelajar senior dkt Maghribi.klu ada apa2 pertanyaan dan maklumat tambahan yang ingin tahu lebih lanjut
muslimat:
  1. nuradilah62
  2. konichiwa_maa90
  3. qurratu_al_lily
  4. ya91_sina nur
  5. zahrauna
  6. eezah 110206 
muslimin
  1. amir_engku
  2. sya_morocco
  3. alif-afa91
* moga2 post yg saya buat ni dapat membantu sape2 yang inginkan mklumt psl morocco.selamat mncari maklumat.ma'a tawfiq wannajah..........

PanDuAn SeHariaN

Pages