Sunday, May 22, 2011

Insya Allah saya akan kembali.........


    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Peluang yang ada harus sekali jangan dipersiakan. Apabila sudah bermula satu langkah, seharusnya diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Jangan berhenti andai apa pun halangan yang menimpa dan badai yang datang tanpa diduga. Namun aku, manusia biasa yang tidak lari daripada godaan nafsu d dunia. Begitulah ak dalam penulisan blog. Aku terasa malu dengan diriku sendiri. Kenapa aku tidak sekuat untuk menjalankan amanah Allah ini?? Sedangkan sunnah terbesar Rasullah S.A.W.  adalah menyampaikan. Mengapa ak tidak sedar dan cakna bahawa penulisan blog juga adalah salah satu wasilah untuk menyampaikan. Diri ini tidak sekuat dan tak mampu untuk melaksanakan perintah Allah ini. Selalu mengabaikan apa yang disuruh.
   Ya Allah Ya Tuhan Tuhanku, hambamu ini, lemah dan tidak berdaya. Tiada aku mendapat kekuatan melainkan Engkau  yang memberi kekuatan dan kudrat kepada hambaNya untuk melakukan sesuatu. Kadang- kadang aku terfikir apa gunanya ada blog, tapi tidak di’update’. Jangan kalah hanya disebabkan halangan. Sepatutnya halangan itulah yang menjadi pendorong dan motivasi untuk Berjaya. Kalau tidak ada halangan dan cubaan, tiada makna dan ertinya kejayaan. Tiada kemanisan dlm kemenangan itu. Betul x? Pernah terbaca dalam surat khabar Arab “الرأي” ‘فلا حياة مع الحياة ، فلا يأس مع الحياة’ Ya, tiada hidup ini tanpa putus asa, tiada putus asa dalam hidup. Dan Allah telah mengingatkan hamba-hambaNya tentang putus asa dalam surah Yusuf:87 `


janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
   
  

   Allah itu lebih kasih kepada hambaNya melebihi kasih 
seorang ibu kepada anak-anaknya. Dia yang menciptakan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Maka jangan sesekali kita berputus asa.Cayok!!!!          Peringatan ini juga untuk hamba yang menulis. Insan yang  menulis dan menaip ini harus dahulu mempraktikkan apa yang disampaikan daripada insan yang membaca artikel ini. Ayuh sama-sama kita laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang ditegah olehNya. Itulah yang dinamakan  TAQWA.
    
   
 Kepada sahabat blogger yang lain, saya memohon ampun  dan maaf dari hujung tudung hingga hujung stokin atas kesalahan dan kelemahan diri ini. Mohon doa dari kalian agar diri ini diberi kudrat dan kekuatan untuk menyampaikan melalui wasilah ini. Insya Allah. Ameen. Salam MAHABBAH utk ‘anak-anak’ dari ‘ibu keberkatan’. Assalamualaikum……

PanDuAn SeHariaN

Pages