Friday, July 6, 2012

mencuba


إن كان الله معك فلا تهتم بمن هو ضدك


diri ini sentiasa mencuba
masih dlm usaha itu
cuba untuk menjadi yang terbaik daripada sebelumnya..
betul kata orang
panghalang besar kejayaan kita sebenarnya adalah  diri kita sendiri
sikap yang paling bahaya
pemikiran yg sangat ditakuti
berfikiran negatif
banyak buruk sangka
jauh..... jauh.....
jauhi engkau dari aku
pergi engkau dariku


pesanan seorang adek yg tersayang dalam bulatan gembira kami,
Jangan pernah berhenti untuk bersikap positif, jangan pernah berhenti untuk bersyukur dan berkata-kata benar, jangan pernah berhenti untuk berbuat baik. Teruskanlah semua itu sampai ianya terbentuk menjadi KEBIASAAN.




# mencuba buat entry kurang 15 minit.
hampir berjaya..

Friday, June 22, 2012

Percayalah pada dirimu!!!!


berubahlah dengan hati



Diri ini hakikatnya memang ingin berubah
Berubah ke arah kebaikan
Manusia… yang ingin berubah
Setiap saat yang dinantikan. mahukan ada sesuatu yang lain pada dirinya

Dia yang dahulunya tidak pandai berbicara
Pasti mahu petah berkata2 setiap kali berhadapan dengan manusia
Dia yang dahulunya malas untuk berfikir menyelesaikan masalah
Pasti mahu cakna dengan isu sahabatnya dan dirinya yang dilanda masalah
Tampil kehadapan untuk memberi solusi
Dia yang dahulunya sering berfikiran “nanti dululah” masa masih banyak lagi…
Pasti mahu segera dan sentiasa proaktif dalam tindakannya.
Dia yang dahulunya diam apabila rakan2 lain memberikan pendapat masing2
Pasti mahu menjadi orang pertama yang memberi respon yang mantap sekali
Dia yang dahulunya selalu kelihatan tidak bermaya, mata sentiasa kuyu, badan sentiasa layu
Pasti mahu kelihatan bersemangat dan rasa hammasah yang tinggi dalam dirinya
Dia yang dahulunya berfikiran negatif dan selalu rendah diri
Pasti mahu positif akalnya dalam menilai dan rendah hati yang tinggi

Diri yang mahu berubah ……
Berubahlah bersama dengan yang lain
Kita manusia yang lemah
perlukan bantuan
berkehendak sokongan
berhajatkan  dorongan
bantulah dirimu untuk berubah

Semua manusia ada baik dan buruk dalam dirinya
Terpulang kepada dirinya mana satu yang hendak lebih banyak dizahirkan
Masing2 ada pilihan… buatlah pilihan yang terbaik

Ku sedar apabila diri ini sudah memasuki ke alam ini
Banyak perubahan yang tanpa aku sedari
Sedikit demi sedikit tampak perubahannya
Biar pun tidak banyak hakikatnya perlu istiqomah pada perubahan itu yang penting

Ia mengajar aku berlapang dada
Sentiasa menepati masa
Cakna dengan isu semasa
Eratkan silaturrahim
Sentiasa bersemangat
Dan ihsan dalam amal

Terima kasih tarbiyah!!!!!
Tarbiyah bukanlah segalanya
Tapi semuanya bermula dengan tarbiyah…

Saturday, May 12, 2012

bila semangat menulis datang....

بسم الله الرحمن الرحيم
 assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


aku tahu aku tidak lama mnjenguk laman ini,
klu jenguk hanya sesekali
itu pun hanya sebentar,
aku tahu aku wajib berkongsi
kerana ilmu itu haknya disebarkan 
bukan simpan sorg2 wat perkasam


baru2 ni  ahli halaqah ilmiah ada wat liqo
berkongsi bagaimana nk mnfaatkan ilmu yg dipelajari melalui penulisan
aku sedar akn kwajipan itu
dan hati ak diketuk sekali akn kpntingan menulis
sahabat baik ak sntiasa mngingatkn kwajipan ini.
kami selalu berkongsi masalah
walau kdg2 jarang berjumpa
sekali berjuma pasti berkongsi
sungguh banyak mnfaat yang aku peroleh melalui darinya...


Ya Allah. ampuni dosaku
aku tahu aku kini di dalam dosa yg sendiri ak x sangka yg aku akn terjebak dalamnya
aku x tahu samada ake cerita masalah ini pada manusia 
adakah ia menemui jalan penyelesaian.
tapi yg aku pasti bila bercerita dgnMU
mengadu denganMu merintih dgnMU
Engkau pasti mmbntu aku menolong aku
aku pasti Engkau mndengar segala rintihan aku..
Ya Allah bantulah hambamu ini utk keluar dr masalahnya..
hati aku sakit YA Allah menaggung dosa ini.
bersihkan lah hati ini yang penuh dgn Noda...
ameen


~rintihan hamba yg merintih~



PanDuAn SeHariaN

Pages