Wednesday, November 23, 2011

Salam Imtihan

Bertemu kembali.....

Nampaknya bahang2 imtihan semakin terasa. dan adapun sebahagian pelajar al-bayt memulakan perjuangan mereka dalam imtihan minggu ini. walaupun imtihan thani sepatutnya bermula minggu depan.. 
maka apabila sudah bermula imtihan thani sibuk akan terus sibuk dengan mengulang kaji pelajaran sebab selalunya habisnya imtihan thani akan bermula nihaei. mmg kalau dah bermula imtihan akan terus menerus. nak wat program pun tersekat2 sebab imtihan

imtihan..imtihan.. imtihan
jangan ia dijadikan seribu satu alasan keranya. 
tapi jadikan ia satu cabaran dan peluang untuk buktikan sesuatu...
fahami ilmu kerana haknya..
bukan kerana nak dapat 'alamat( markah ) yang tinggi .
fahami ilmu kerana sifatnya..
kerana ia didatangi bukan mendatang..
العلم يؤتى لا تأتي

nasihat dari seorang ukhti:
"kiranya IMTIHAN ini medan juangmu..
... Maka bertarunglah sedaya upayamu kerana ALLAH!
Manfaatkan segala ILMU yang diperturunkan,
semampu akalmu demi memartabatkan kedudukan UMMAHmu..
Bukan semata-mata untuk kepuassan diri..
ALLAH tidak menilai natijahnya,
tapi yang dinilaiNya adalah KESUNGGUHANmu..

Berjuanglah wahai PEJUANG!!
Dengan kalimah Tuhanmu,
dengan ILMU yang telah dipinjamkan sementara ini..
Selebihnya, TAWAKKAL lah kepadaNYa.."

Maat Taufiq Wannajah! MUMTAZ untuk UMMAH, CEMERLANG demi ISLAM!



sekian.. doakn utk kejayaan sume...bitawfiq wannajah.(^-^)


selamat berjuang semua......

Saturday, November 19, 2011

Cukuplah sekadar DIA

Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran:173

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ -١٧٣-

Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya orang-orang telah berkumpul untuk menyerang kalian, oleh karena itu hendaklah kalian takut kepada mereka.” Namun, perkataan itu justru menambah keimanan mereka. Mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”
Alladzīna qāla lahumun nāsu ([yaitu] orang-orang [yang menaati Allah dan rasul] yang kepada mereka ada orang-orang yang berkata), yakni Nu‘aim bin Mas‘ud al-Asyja‘i berkata kepada mereka ….
Innan nāsa (“Sesungguhnya orang-orang), yaitu Abu Sufyan dan kawan-kawannya.
Qad jama‘ū lakum (telah berkumpul untuk menyerang kalian) di Lathimah, yaitu sebuah pasar yang terletak di dekat kota Mekah.
Fakh syauhum (oleh karena itu, hendaklah kalian takut kepada mereka”), yakni takutlah kalian untuk pergi menghadapi mereka.
Fa zādahum īmānan (namun, perkataan itu justru menambah keimanan mereka), yakni menambah keberanian untuk menghadapi musuh.
Wa qālū hasbunallāhu (dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami), yakni cukuplah Allah sebagai Kepercayaan kami.
Wa ni‘mal wakīl (dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung”) yang menjamin dengan pertolongan.


P\s: ucaplah ayat ini dikala kamu terasa sedih putus asa gelisah terbeban sampai rasa nak mati sebelum waktunya...gagal dalam peperiksaan...putus cinta.. kecewa dengan kawan..bacalah ayat ini berulang kali hingga kamu memahami apa yang Allah ingin sampaikan kepada hambanya melalui ayat ini... حسبنا الله ونعم الوكيل

Tuesday, November 15, 2011

15 november 2011

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat ayah tercinta Hasbullah B Paujan. Alhamdullilah ayahku kini sudah berusia 48 tahun.. lagi 2 tahun sahaja nak masuk angka 50.
Semoga ayah sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah.
ucapan pesanan ringkas yang sempat dihantar: "Selamat Hari jadi ayah!!!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. walau umur ayah yang sebenar dah nak mengjangkau umur 50, tetapi ayah tetap muda dihati kami.....(minta maaf x sempat nak telefon)
hurmmm...(bukan nak mengeluh, tetapi membayangkan baru sibuk sikit dengan belajar,nk telefon family pun x sempat,macam mana kalau dah bekerja)
Ya Allah biar mana ak sibuk satu hari nanti, semoga ak diberi masa walau sedikit utk ibu dan ayah ku yang tercinta......(FAMILY)

F-Father
A-And
M-Mother
I-I
L-Love
Y-You


Friday, November 11, 2011

Gelombang Keadilan

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala anak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombong terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

hakikat dakwah itu memakan masa.. tapi hasilnya kekal sepanjang hayat...
takkan kita merasai semua ini jikalau Rasullah  tidak melaksanakan amanahNya.
Subhanaallah...Alhamdullilah

Friday, November 4, 2011

I'tirof




 إلهي لست للفردوس أهلا 
ولا أقوى على النار الجحيم
الله
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم

 Tuhanku aku  tidak layak untuk syurgamu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar


Aduh....hati ini sangat rindu dengan zikir ini..
ingat lagi dahulu kala ketika usia sedang meningkat dewasa
menjalani proses mematangkan fikiran ketika itu
di sekolah itu, di sekolah itu
ak belajar. segalanya aku belajar.
zikir ini meniti dibibir bersama sahabat
merenung dosa-dosa yang pernah dilakukan
ya...
zikir ini penuh makna...mendalam dan tersirat.
adakah kita layak menjadi ahli syurga
syurga yang penuh nikmat yang x terhingga
dibawahnya mengalir air sungai 
terdapat taman-taman yang indah
ditemani bidari-bidari yang rupawan
dijanjikan untuk hambanya yang taat kepadaNYa
melaksanakan segala perintahNya
tanya iman adakah kita hamba yang dipilih oleh Allah untuk syurgaNya..

tetapi
adakah diri ini layak??
dan adakah diri ini sanggup menghadapi azab api neraka yang pedih???

sempena 9 Zulhijjah
hari yang dijanjikan Allah untuk memakbulkan doa hambanya
marilah bersama kita memohon keampunan dan maghfirah 
atas segala kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan
berdoa dengan sungguh-sungguh
agar Allah menerima segala permohonan kita..
amin..







PanDuAn SeHariaN

Pages