kali ini ana nak berkongsi satu topik yang agak ringan dan berguna untuk semua orang terutama yang akan melakukan pekerjaan ini seharian( memasak).terutama kepada para wanita, ibu2, kakak2, para isteri yang memang pekerjaan seharian itulah yang mesti dilakukan.
Ummi saya selalu berpesan ketika kami memasak bersama-sama:
" Eman, kalau petik cili, biarla dengan tangkainya sekali, nanti kalau lebih boleh simpan dalam peti ais, tahan lebih lama," begitula kata ummi ana.ummi ana seorang yang hebat dalam memasak. tiada siapa yang boleh tandingi masakan ummi ana.masakan ummi ialah makanan kegemaran ana.sedap hingga menjilat jari.ramai kawan ana yang memuji masakan ana.tapi ana x lah sehebat ummi ana.....hehehe
kembali kepada tajuk.....
betul tuan dan puan, kalau nak simpan sayuran seperti limau, sayur-sayuran macam kangkung kobis bunga dan pelbagai lagilah.....biarlah simpan dengan tangkai sekali. atau masa petik limau atau cili biar sekali dengan batangnya.agar dia sentiasa segar x cepat busuk dan tahan lama( tapi jgnlah sampai seminggu baru nak guna).
ana cakap bukan sekadar omongan kosong sebab ada bukti melalui Al-quran dan kajian sains.mari kita lihat dengan mata hati berkenaan ayat dari Kitabullah Al-'Aziz.
Surah Yusuf ayat 47-48: Allah berfirman
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ -٤٧- ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ -٤٨-
Dia (Yusuf) berkata, “Agar kamu bercocok tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.(47)
Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit(kemarau), yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.(48)
Berdasarkan kajian Dr.'Abd al-Majid bil'abid dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin menemui penemuan berikut terhadap bijiran yang disimpan tanpa tangkai dan bijirin yang disimpan dengan tangkai selama dua tahun.
Bijirin dengan tangkai | Bijirin tanpa tangkai |
Tiada sebarang perubahan direkodkan, malah masih segar 100% untuk dijadikan benih. | Normal |
Hilang sejumlah air dan menjadikan bijirin tersebut lebih kering. | 20.3% daripada berat bijirin adalah air yang boleh merosakkan bijirin. |
Kandungan protein dan gula tidak berkurang | Kadar kandungan protein dan gula menurun sebanyak 32% |