Tuesday, August 24, 2010

satu hari satu cerita


   Suatu hari ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin Samak, seoarang imam yang sangat zuhud. Dia mengeluh kerana dibebani hutang dan kesulitan mendapatkan wang.
   Ibn Samak lalu bertanya kepadanya:"Berapakah wang yang engkau perlukan?"  Dia menjawab "sepuluh ribu" 
    Ibn Samak betanya lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?"
si fakir menjawab "Tidak mahu"
 Ulama itu berkata lagi: "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidahmu menjadi bisu?" Dia mengulangi jawapan sebentar tadi"Tidak mahu"
  "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tangan kamu terputus? Sekali lagi orang itu menjawab :" Saya tidak mahu"
  Ulama yang bijak itu lalu berkata:" Kamu memiliki seuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tetapi mengapa masih bersedih??????

itulah dia sahabat, teman rakan dan taulan adik tuan puan satu kisah pendek yang penuh makna dan maksud yang tersirat jika dilihat dengan mata hati.'ibrah yang begitu banyak sekali.lihat saja disekeliling kita.semua yang ade disekeliling kita semua adalah nikmat drpd Allah yang dianugerahkan kpd hambaNYA.tetapi itu semua adlah pinjaman semata-mata.teringat lirik lagu rabbani
"mana milik kita , 
tidak ada milik kita , 
hanya Allah yang punya.
daripada anngota badan kita , ayah ibu adik baradik saudara mara hatta kereta rumah kebijaksanaan yang kita miliki. itu adalah semua nikmat yang tidak terhinnga Pencipta Yang Maha Agung kepada hambanya yang hina ini.maka bersyukurlah dengan semua nikmat yang dikurniakan.gunakan ia untuk mentaatuNya bukan untuk melanggar perintahNYA.itulah tanda kesyukuran kita sebagai menghargai nikmat yang dianugerahkan.
Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rahman (yang diulang sebanyak 31 kali dlm surah ini):
فبأى ءالاء ربكما تكذبان 
Maksudnya: Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..
 setelah membaca tafsiran dlm surah ini, tertarik ana untuk berkongsi dengan saudara saudari sekalian.dlm tafsiran mengikut tafsir Al-jalalain
kamu berdua(jin & dan manusia)
  
استفهام   atau kata tanya yang terdapat dalam ayat ini mengandungi makna taqrir atau menetapkan, demikian itu kerana ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim melalui Jabir r.a. yang telah mencritakan bahawa Rasullah S.A.W. membacakan kepada kami surah ar-Rahman hingga selesai , Kemudian beliau bersabda " Mengapa kalian ini diam sahaja ? Sungguh  jin lebih baik jawapannya daripda kalian kerana tiada sekali-kali aku bacakan kepada mereka ayat ini,(Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..) melainkan mereka menjawab " Wahai Rabb kami, tiada satu pun nikmat -Mu yang kami dustakan , bagi-Mu segala puji.
  setakat ini sahaja.marilah sama2 kita fikirkan adakah kita sudah menggunakan semua nikmat yang ada dengan sebaiknya. adkah digunakan untuk mnurut egala perintahNYa atau sebaliknya......fikirkan lah wahai manusia sekalian
akhir kalam ASSALAMUALAIKUM




Friday, August 13, 2010

MAKLUMAT KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA KE MOROCCO(MAGHRIBI)

x
1. Wang Saku


  • 300 Euro\3000 Dirham Maghribi( utk kegunaan sebarang urusan kedatangan mahasiswa baru)  
  • Sediakan wang saku peribadi untuk sebarang pembelian barang2 keperluan asas di Maghribi.
2. Dokumen
  • Terjemahan sijil SPM-(asal)
  • Terjemahan surat beranak-(asal)
  • Slip SPM-(slip asal)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa
  • Salinan kad pengenalan sendiri
  • Pasport dan visa ke Maghribi
  • 12 keping gambar berukuran pasport
  • Buat salinan bagi setiap dokumen tersebut( 5 salinan bagi setiap dokumen)
                * Sijil\slip keputusan SPM
                * Terjemahan SPM
                * Kad pengenalan ibu bapa
                * Surat beranak
                * Terjemahan surat beranak
                * Pasport dan Visa
3.  Pakaian
  • Baju batik(wajib) lelaki- sekurang-kurangnya sehelai
  • Baju melayu sepasang termasuk sampin dan songkok hitam ( wajib ) lelaki - sekurang-kurangnya sehalai
  • Kot hitam, seluar slack hitam , tali leher dan kasut hitam (wajib ) lelaki
  • Baju kurung (wajib ) perempuan
  • Tudung Labuh (wajib ) berwaena krim untuk perempuan
  • baju sejuk tebal (persediaan musim sejuk, boleh didapatkan di Maghribi)
  • Pakaian harian untuk ke universiti dan ketika berada di rumah
  • Pakaian sukan,
  • Lain-lain kelengkapan peribadi yang difikirkan perlu.
4.  Makanan (Barangan ini sukar untuk didapati di Maghribi )
  • Rempah ratus ( kari,kurma,tom yan, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan lain-lain)
  • Perencah nasi goreng, sup bunjut dan lain-lain
  • Makanan dan kuih muih yang difikirkan perlu
  • Makanan2 kering
  • Lain-lain rempah ratus juga keperluan yang difikirkan perlu 
5. Peralatan Elektrik (Barangan ini sukar untuk didapati di Maghribi )
  • Periuk nasi elektrik
  • Seterika
  • Mesin Pengisar (blender)     
* nasihat saya: bila dh dpt tarikh penerbgn baru bncg psl brgn elektrik nie.lebih baik pakat2 dgn kawan yg lain berkongsi lebihh baik rasenya.

6. Alat Tulis
  • Kertas kajang (jika difikirkan perlu. kertas ni amat sukar unuk dijumpai di Maghribi)
  • Alat tulis (jika difikirkan perlu sbbnya barangan di Maghribi kurang berkualiti dan mahal )
peringatan: WANG SAKU SEELOKNYA DITUKARKAN KE EURO ATAU DOLAR SAHAJA DAN DITUKARKAN DI MALAYSIA KERANA DUIT MALAYSIA TIDAK LAKU UNTUK DITUKARKAN DI MAGHRIBI. HARAP MAKLUM...
  
salinan semula daripada surat yang dihantar oleh ketua pelajar s'ngor di maghribi kpd pelajar2 selangor:
Engku Amir Hamzah bin Engku Muhammad Nur.

di sini saya sertakan sekali id ym pelajar senior dkt Maghribi.klu ada apa2 pertanyaan dan maklumat tambahan yang ingin tahu lebih lanjut
muslimat:
  1. nuradilah62
  2. konichiwa_maa90
  3. qurratu_al_lily
  4. ya91_sina nur
  5. zahrauna
  6. eezah 110206 
muslimin
  1. amir_engku
  2. sya_morocco
  3. alif-afa91
* moga2 post yg saya buat ni dapat membantu sape2 yang inginkan mklumt psl morocco.selamat mncari maklumat.ma'a tawfiq wannajah..........

PanDuAn SeHariaN

Pages