Showing posts with label kehidupan.... Show all posts
Showing posts with label kehidupan.... Show all posts

Friday, June 22, 2012

Percayalah pada dirimu!!!!


berubahlah dengan hati



Diri ini hakikatnya memang ingin berubah
Berubah ke arah kebaikan
Manusia… yang ingin berubah
Setiap saat yang dinantikan. mahukan ada sesuatu yang lain pada dirinya

Dia yang dahulunya tidak pandai berbicara
Pasti mahu petah berkata2 setiap kali berhadapan dengan manusia
Dia yang dahulunya malas untuk berfikir menyelesaikan masalah
Pasti mahu cakna dengan isu sahabatnya dan dirinya yang dilanda masalah
Tampil kehadapan untuk memberi solusi
Dia yang dahulunya sering berfikiran “nanti dululah” masa masih banyak lagi…
Pasti mahu segera dan sentiasa proaktif dalam tindakannya.
Dia yang dahulunya diam apabila rakan2 lain memberikan pendapat masing2
Pasti mahu menjadi orang pertama yang memberi respon yang mantap sekali
Dia yang dahulunya selalu kelihatan tidak bermaya, mata sentiasa kuyu, badan sentiasa layu
Pasti mahu kelihatan bersemangat dan rasa hammasah yang tinggi dalam dirinya
Dia yang dahulunya berfikiran negatif dan selalu rendah diri
Pasti mahu positif akalnya dalam menilai dan rendah hati yang tinggi

Diri yang mahu berubah ……
Berubahlah bersama dengan yang lain
Kita manusia yang lemah
perlukan bantuan
berkehendak sokongan
berhajatkan  dorongan
bantulah dirimu untuk berubah

Semua manusia ada baik dan buruk dalam dirinya
Terpulang kepada dirinya mana satu yang hendak lebih banyak dizahirkan
Masing2 ada pilihan… buatlah pilihan yang terbaik

Ku sedar apabila diri ini sudah memasuki ke alam ini
Banyak perubahan yang tanpa aku sedari
Sedikit demi sedikit tampak perubahannya
Biar pun tidak banyak hakikatnya perlu istiqomah pada perubahan itu yang penting

Ia mengajar aku berlapang dada
Sentiasa menepati masa
Cakna dengan isu semasa
Eratkan silaturrahim
Sentiasa bersemangat
Dan ihsan dalam amal

Terima kasih tarbiyah!!!!!
Tarbiyah bukanlah segalanya
Tapi semuanya bermula dengan tarbiyah…

Saturday, May 12, 2012

bila semangat menulis datang....

بسم الله الرحمن الرحيم
 assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


aku tahu aku tidak lama mnjenguk laman ini,
klu jenguk hanya sesekali
itu pun hanya sebentar,
aku tahu aku wajib berkongsi
kerana ilmu itu haknya disebarkan 
bukan simpan sorg2 wat perkasam


baru2 ni  ahli halaqah ilmiah ada wat liqo
berkongsi bagaimana nk mnfaatkan ilmu yg dipelajari melalui penulisan
aku sedar akn kwajipan itu
dan hati ak diketuk sekali akn kpntingan menulis
sahabat baik ak sntiasa mngingatkn kwajipan ini.
kami selalu berkongsi masalah
walau kdg2 jarang berjumpa
sekali berjuma pasti berkongsi
sungguh banyak mnfaat yang aku peroleh melalui darinya...


Ya Allah. ampuni dosaku
aku tahu aku kini di dalam dosa yg sendiri ak x sangka yg aku akn terjebak dalamnya
aku x tahu samada ake cerita masalah ini pada manusia 
adakah ia menemui jalan penyelesaian.
tapi yg aku pasti bila bercerita dgnMU
mengadu denganMu merintih dgnMU
Engkau pasti mmbntu aku menolong aku
aku pasti Engkau mndengar segala rintihan aku..
Ya Allah bantulah hambamu ini utk keluar dr masalahnya..
hati aku sakit YA Allah menaggung dosa ini.
bersihkan lah hati ini yang penuh dgn Noda...
ameen


~rintihan hamba yg merintih~



Tuesday, November 15, 2011

15 november 2011

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat ayah tercinta Hasbullah B Paujan. Alhamdullilah ayahku kini sudah berusia 48 tahun.. lagi 2 tahun sahaja nak masuk angka 50.
Semoga ayah sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah.
ucapan pesanan ringkas yang sempat dihantar: "Selamat Hari jadi ayah!!!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. walau umur ayah yang sebenar dah nak mengjangkau umur 50, tetapi ayah tetap muda dihati kami.....(minta maaf x sempat nak telefon)
hurmmm...(bukan nak mengeluh, tetapi membayangkan baru sibuk sikit dengan belajar,nk telefon family pun x sempat,macam mana kalau dah bekerja)
Ya Allah biar mana ak sibuk satu hari nanti, semoga ak diberi masa walau sedikit utk ibu dan ayah ku yang tercinta......(FAMILY)

F-Father
A-And
M-Mother
I-I
L-Love
Y-You


Saturday, September 3, 2011

HAti yg resah.....

x tahu knp sejak kebalakangan ini. hati ini sring diuji....
satu-satu ujian datang melanda...
bagai badai datang mengubah laluan  ombak....
x tahu kpd kwn yg mne harus ku rujuk.. 
ku bingung kakak yg mana harus ku temui utk merungkai segala masalh....
dengan tiada ibu bapa disisi..

tapi aku tahu
mana arah tuju yg sentiasa menunjukkan ak jalan yg lurus....
mana pendengar yg selalu mndgr rintihan aku ini..
mana pembimbing yg akan menunjukkan jalan kebenaran...
Yang insya Allah tidak akn menyesal sesiapa yg mengadu kepadanya...
dia akn membri apa yg terbaik utk hambaNYa..
x lain x bukan..
ALLAH MAHA AGUNG.....
benarlah FirmanNYA....dlm Surah Al-Baqarah:186


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ -١٨٦- 



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. 


Hayati maknanya.......


Ya Allah tunjukkan aku jalan kebenaran...
permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku..
bersihkan hati dan fikiran ini..
jangan ia dinodai dengan dosa..
aku x sanggup menghadapi ujian kelalaian ini Ya Allah..
Hatiku sakit dan sengsara Ya Allah.
Aku x kuat melainakn Engkau yg memberi ak kekuatan...
Ya Allah perkenankan doa hambumu ini....

PanDuAn SeHariaN

Pages