Saturday, January 8, 2011

Bab 5- Sujud

    Sujud merupakan puncak dari perjalanan rohani kita. Pada saat itu,kita lepas dari seluruh  ikatan duniawi, lepas dari apa yang kita miliki dan lepas dari peangkuan-peangkuan diri. Kita adalah hamba  yang hanya menerima kuasaNya, dihidupkan, dinafaskan, diimankan, ditundukkan, digerakkan,  ditakwakan, diislamkan, dilembutkan, ditenangkan, diterangkan,dimatikan dan dperjalankan menuju kehadratNya. Nabi bersabda, bahawa dari seluruh gerakan solat di dalam sujud inilah saat yang paling dekat dengan Allah secara emosional.

    Posisi sujud mempunyai kesan positif baik secara fizikal mahupun spiritual. Pada saat sujud, seseorang disedarkan bahawa dirinya adalah makhluk yang rendah, makhluk yang lemah. Kemudian diperkuat dengan kalimah yang memiliki getaran transcendental yang akan membawa orang semakin masuk ke dalam diri yang bening:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Terpuji.
    Profeser Hembing menjelaskan, bahawa pada gerakan sujud, semua otot akan berkontraksi. Akibatnya bukan sahaja otot-otot akan menjadi besar dan kuat, tetapi juga membuat urat-urat darah seperti pembuluh nadi ( arteria ) dan pembuluh darah balik (venae ), serta urat-urat getah bening (lympha ) akan terpijat atau terurut, sehingga membuat peredaran darah dan lympha menjadi lancer. Beliau juga menegaskan bahawa sujud sangat baik untuk membantu pekerjaan jantung dan menghindarkan mengerutnya dinding-dinding pembuluh darah (arteriosclerosis ). Waktu sujud, darah dikirim ke otak, berkumpul di otak dan mengalirkan kebutuhan oksigen untuk otak. Oksigen ini sangat diperlukan otak. Menurut pakar kesihatan, otak memperlukan 20% oksigen dari seluruh oksigen yang masuk ke dalam tubuh. Setelah sujud, terus duduk (iftirasy ) @ berdiri kembali sehingga darah turun dari otak kembali lagi ke seluruh tubuh sesuai dengan fisiologi tubuh. Proses sirkulasi darah itu mengangkut darah yang baru untuk memberikan zat pembakar (oksigen ) kepada jaringan –jaringan tubuh.

  Di dalam solat yang dilakukan sendiri, sering Nabi melakukan sujud lama sekali sehingga diriwayatkan beliau memiliki tubuh yang sehat dan ideal. Padahal beliau melakuka aktivitas yang sangat padat dan berat. Bagi beliau, solat merupakan tempat merehatkan tubuh dan fikirannya. Dengan solat, beliau merasa tenang dan bahagia, kondisi sangat diperlukan bagi seorang pejuang mahupun professional.




PRAKTIKAL
Lakukan sujud sehingga sempurna. Bagi laki-laki, kedua siku hendaknya agak direnggangkan dari pinggang. Demikian pula hendaknya direnggangkan jarak antara kedua  kaki. Sebaliknya bagi perempuan, hendaklah merapatkan antara kedua kakinya. Bagi lelaki, sebaik bersujud dengan  agak terangkat. Sebaliknya bagi wanita, sebaiknya ber sujud dengan lebih merapatkan perut dengan pehanya.  Untuk kedua tapak tangan, hendaknya diletakkan di atas tanah sejajar dengan bahu sambil merapatkan @ merenggangkan semua jari2 tangan. Lalu diamlah sehingga benar2 terasa anda terasa terserah kesluruhannya.

  Ketinggian kesedaran manusia adalah setelah ia menyedari bahawa dirinya adalah tubuh  yang berasal daripada tanah kemudian akan dikembalikan sebagai tanah asalnya. Ketinggian rohani manusia adalah di saat roh pergi ke hadrat NYA, sebagai asal muasal sebelum roh ditiupkan kepada sebongkah tanah  yang tidak boleh apa2. Inilah puncak kesedaran kita sebagai manusia. Rasullah ketika melakukan sujud sering dianggap telah meninggal dunia kerana sakit lamanya.

Dengan membaca:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده

Akan meneterapi mental kita menjadi manusa yang lebih baik, iaitu manusia yang selalu sedar akan dirinya, من عرف نفسه فقد عرف ربه  sehingga ia akan selalu bersujud dalam segenap keadaan.

PanDuAn SeHariaN

Pages