Tuesday, August 16, 2011

Muhasabah Ramadhan


Sedar x sedar sudah separuh Ramadhan kita lalui.
Mari kita renung kembali..
Berapa banyak amalan yg kte sudah lakukan
Banyak mana muka surat dalam Alquran kita dah habiskn?
Berapa banyak  duit kte habiskan untuk infaq di bulan mulia ini...
Adakah kita sudah tunaikan rukun islam yg ke-4 iaitu zakat fitrah??


Baru2 ini unit tafaqquh ihya' ramadhan prisma ada mengedar risalah
berkenaan ramadhan. satu artikel yang sangat menarik dan harus dibaca
semua orang.
satu analogi yang sangat bertetapan dengan ramadhan..
Ustaz Hasrizal melalui artikelnya itu mengibaratkan Ramadhan 
seperti perlawanan bola sepak...seperti biasa setiap perlawanan
terdapat dua pusingan.....
pusingan pertama sudah kita lalui..(Ramadhan Fasa Pertama)
sekarang sedang berusaha utk berjuang habis-habisan utk yang kedua
agar hasilnya dpt kita kecapi...seharusnya kita sudah mula menguasai pusingan tersebut bukannya pihak lawan 
Pihak lawan yang dimaksudkan adalah pasukan hawa nafsu....
jika pusingan pertama kita sudah ada tanda nak kalah...sepatutnya kita harus bangkit untuk bermain dengan sebaik mungkin agar pasukan tuan rumah(diri kita) dapat meraih kejayaan
tapi
jika pusingan ini yg kedua ini juga sama seperti pusingan yg pertama.....
main mcm x nak main......
kecundang lah kita akhirnya.....


begitulah Ramadhan...
kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh sejak dari sebelum Ramadhan lagi....
agar bulan Ramadhan yang datang dapat kita menunaikan segala kewajipan ibadat dan amalan
yang Allah akan gandakan pahalanya melebihi daripada bulan-bulan yang lain....


Untuk itu, sama2 la kita merenung kembali sejauh mana amalan kita setakat ini(peringatan untuk yg menulis ini juga)
siapa sekarang yg akan hampir2 mencapai kemenangan??
pihak tuan rumah @ pihak lawan??
marilah kita sama2 mendengar video agar sama2 mendapat ibrah!!!!!!!!!!







Friday, August 12, 2011

Puisi Pendek Ramadhan



خلاص يا عسول
رمضان على وصول
حسنات على طول
سيئات بتزول
عسى عمرك يطول




mesej yang ringkas d padat saya terima daripada kawan arab . (versi arab) h 

Sunday, July 10, 2011

محاضرة مبادئ النحو والصرف


            Alhamdullilah فصل الصيفي    lama memulakan perjalanannya. Aku sebagai pengembara musim ini terus menjalankan amanah Allah yang diberikan dengan sebaiknya. Mnta maaf kepada blog baru sekrg nak update.  Tetiba petang nie tulis dan berkongsi cerita mengenai soifi. Nak bagitaw pasal kelas مبادئ النحو والصرف. Madah yang sangat seronok ak belajar tyme soifi. Sume madah best je tp madah nie sgt enjoy ak belajar. mcm2 bnda berlaku dlm kelas nie. Dlm kelas nie ak rse betapa bestnya belajar nahu. Selama nie belajar yg basic2 je. Tambah2 pula, doctor yg mengajar doctor yg pernah ak mse fasal lps. Mmg dr. dah kenal ak. Nama dr. tu Dr. Buthainah(بثينة)  (x ingat nama penuh die ). Sebernanya dr. len Dr. Husin Kitanah. Tp tukar dr nie. Dan menjadikan semua pensyarah ak utk soifi sumenya perempuan. Kata orang pelajar2 kat sini takut nak ambil dr. nie sbbnya dr nie syarah laju. Mmg kena biasakanla dgn keadaan begini. Mse mula2 masuk kuliah dulu dengan madah الكتابة والتعبير, blur mse die ajar. X fhm apa yang dia ckp denga bhs ammi yg sgt pekat. Tp lme2 okla.yg penting sabar dan biasakan. Bagusnya dr nie dia akan selalu bg latihan utk pelajarnya. Kte nmpklah apa yg penting bila dia bg latihan tu. Memang bestla dengan doctor nie.
    Kelas bermula pukul 1.00-2.00 p.m. Fuh…. Dengan panas terik musim soifi, siapa yang sanggup nak datang kelas waktu nie. Hanya insan yang terpilih sahaja yg sanggup menggagahkan diri untuk mencedok ilmu ini. Dalam kelas nie, doctor ajar asas2 je tapi lagi mendalam. Contohnya  الخبر  . selalu kita belajar hukum dan jenis2nya  . Tapi kali nie kte akan belajar dengan syarat2nya sekali. Kenapa jadi begini. Bila hukumnya harus dan wajib.mne yang perlu didahulukan. مبتدأ أو خبر. Bilamana kite wajib hazafkan khabar misalan bila ada perkataan لو لا. Bila adanya perkataan ini ,mubtada’ wajib dihazafkan. Untuk itu, sebelum mula محاضرة nak x nak mmg kena study dulu. Biar kita lebih jelas dengan penerangan doctor.
   Dalam kelas nie, ak kenal dengan budak arab. Nama die Ayat Awad. Dia yang tegur ak dulu mse mula kelas dulu. Cantik orangnya. Sebaya dengan aku. Kami dah janji akan duduk sama setiap kali kelas. Memang seronokla duduk sebelah arab. Lagi pula , aku diapit oleh dua dak arab. Lg sorang nama dia Ruwaida. Dua2 org Mafraq. Semoga ukhuwah kami berkekalan hingga akhir hayat. Amen. Satu benda yang aku kagum dengan pelajr2 arab. Diarang x malu untuk bertanya dalam kelas. Doctor terang klu diarg x fhm terus Tanya. Aku nak mencontohi sifat diarg tu, tp malu menguasai diri. Hem… sampai bila la diri nak maju??? Btul x??
    Alhamdullillah setakat nie x ngantuk sgt sebab semua yang aku belajr sume bnda baru. Setiap yang aku belajar mesti ada syarat. Klu x hafal dan faham dengan sebetulnya, susahla nak kenal pasti. Ini bermakna ak kena lebihkan belajar dari makan. Itu yang paling penting. Ilmu adalah sgala2nya bg seorang mahasiswa. Ilmu yang membezakan darjat seseorang.Allah telah berfirman dalam Alquran surah Al-Mujadalah ayat 11.



يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ -١١-




 ,  Maksudnya: supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
  Setakat nie dahulu daripada saya. Ada bnda dan cerita yang diingin dikongsi insyaallah بإذن الله   adalah post yang terbaru. Semoga diri ini diberi kesempatan itu.insyaallah.ameen



Tuesday, June 7, 2011

sama kita belajar bhs arab

salah satu cara nak kuasai bahasa arab. banyakkan tgk cerite arab.utk permulaan kte tgk dulu cter kartun. insya allah setiap mggu saya akn post kartun arab.hr tu ada borak dgn kakak bilik. die cerite.ustaz die prnah tanya siapa suka bhs arab?? angkat tgn. die tanya balik btul k suka bhs arab??apa bukti kte cinta dan suka bhs arab bhs alquran nie? salah satu antara bhs antarabangsa.bhs yg plg awal sekali wujud didunia.klu org yg suka bhs arab, die akn gne selalu bhs arab.ckp bhs arab.bce buku arab surat khabarnya.apa pun die akn cbe kuasai bhs arab.(perigtn utk sye jgk) lg sape yg duduk bljr ngaji dkt negara arab mcm mesir jordan moroco syria, sejauh mne penguasaan bhs arab kte setelah duduk dkt ngara arab?? ambillah peluang keemasan ini sebaiknya.samalah kte bertutur dlm bhs arab.ayuh!!!

Wednesday, June 1, 2011

La Tahzan Inna Allaha Ma'ana

apa pun dugaan hadapi dgn tabah d tenang.Allah pasti bersama hambaNya..........Yakinlah

Sunday, May 22, 2011

Insya Allah saya akan kembali.........


    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Peluang yang ada harus sekali jangan dipersiakan. Apabila sudah bermula satu langkah, seharusnya diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Jangan berhenti andai apa pun halangan yang menimpa dan badai yang datang tanpa diduga. Namun aku, manusia biasa yang tidak lari daripada godaan nafsu d dunia. Begitulah ak dalam penulisan blog. Aku terasa malu dengan diriku sendiri. Kenapa aku tidak sekuat untuk menjalankan amanah Allah ini?? Sedangkan sunnah terbesar Rasullah S.A.W.  adalah menyampaikan. Mengapa ak tidak sedar dan cakna bahawa penulisan blog juga adalah salah satu wasilah untuk menyampaikan. Diri ini tidak sekuat dan tak mampu untuk melaksanakan perintah Allah ini. Selalu mengabaikan apa yang disuruh.
   Ya Allah Ya Tuhan Tuhanku, hambamu ini, lemah dan tidak berdaya. Tiada aku mendapat kekuatan melainkan Engkau  yang memberi kekuatan dan kudrat kepada hambaNya untuk melakukan sesuatu. Kadang- kadang aku terfikir apa gunanya ada blog, tapi tidak di’update’. Jangan kalah hanya disebabkan halangan. Sepatutnya halangan itulah yang menjadi pendorong dan motivasi untuk Berjaya. Kalau tidak ada halangan dan cubaan, tiada makna dan ertinya kejayaan. Tiada kemanisan dlm kemenangan itu. Betul x? Pernah terbaca dalam surat khabar Arab “الرأي” ‘فلا حياة مع الحياة ، فلا يأس مع الحياة’ Ya, tiada hidup ini tanpa putus asa, tiada putus asa dalam hidup. Dan Allah telah mengingatkan hamba-hambaNya tentang putus asa dalam surah Yusuf:87 `


janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
   
  

   Allah itu lebih kasih kepada hambaNya melebihi kasih 
seorang ibu kepada anak-anaknya. Dia yang menciptakan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Maka jangan sesekali kita berputus asa.Cayok!!!!          Peringatan ini juga untuk hamba yang menulis. Insan yang  menulis dan menaip ini harus dahulu mempraktikkan apa yang disampaikan daripada insan yang membaca artikel ini. Ayuh sama-sama kita laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang ditegah olehNya. Itulah yang dinamakan  TAQWA.
    
   
 Kepada sahabat blogger yang lain, saya memohon ampun  dan maaf dari hujung tudung hingga hujung stokin atas kesalahan dan kelemahan diri ini. Mohon doa dari kalian agar diri ini diberi kudrat dan kekuatan untuk menyampaikan melalui wasilah ini. Insya Allah. Ameen. Salam MAHABBAH utk ‘anak-anak’ dari ‘ibu keberkatan’. Assalamualaikum……

Saturday, April 9, 2011

asifah jiddan

assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


x tahu nak mula cmne.sbb memang saya jarang mengupdate blog saya. sejak berada di tanah yang lain, saya x pernah meng update blog sye yg satu nie.rasa berdosa sgt.antara sbb saya x update blog nie:


  • diri sendiri x nak
  • nak msk bilik intrnet susah (byk birokrasi)
  • nak tulis tp x pndai nak sampaikn
mungkn lps nie sya x kn update blog nie, insya allah jika de ksmptn sye akn update.sbnrnya, saya nak update tp tulah sbbnya.insya allah dh ada broadband nnt, sye akn rajin update. insya allah.jumpa lg
assalamualaikum.

PanDuAn SeHariaN

Pages