Sunday, July 10, 2011

محاضرة مبادئ النحو والصرف


            Alhamdullilah فصل الصيفي    lama memulakan perjalanannya. Aku sebagai pengembara musim ini terus menjalankan amanah Allah yang diberikan dengan sebaiknya. Mnta maaf kepada blog baru sekrg nak update.  Tetiba petang nie tulis dan berkongsi cerita mengenai soifi. Nak bagitaw pasal kelas مبادئ النحو والصرف. Madah yang sangat seronok ak belajar tyme soifi. Sume madah best je tp madah nie sgt enjoy ak belajar. mcm2 bnda berlaku dlm kelas nie. Dlm kelas nie ak rse betapa bestnya belajar nahu. Selama nie belajar yg basic2 je. Tambah2 pula, doctor yg mengajar doctor yg pernah ak mse fasal lps. Mmg dr. dah kenal ak. Nama dr. tu Dr. Buthainah(بثينة)  (x ingat nama penuh die ). Sebernanya dr. len Dr. Husin Kitanah. Tp tukar dr nie. Dan menjadikan semua pensyarah ak utk soifi sumenya perempuan. Kata orang pelajar2 kat sini takut nak ambil dr. nie sbbnya dr nie syarah laju. Mmg kena biasakanla dgn keadaan begini. Mse mula2 masuk kuliah dulu dengan madah الكتابة والتعبير, blur mse die ajar. X fhm apa yang dia ckp denga bhs ammi yg sgt pekat. Tp lme2 okla.yg penting sabar dan biasakan. Bagusnya dr nie dia akan selalu bg latihan utk pelajarnya. Kte nmpklah apa yg penting bila dia bg latihan tu. Memang bestla dengan doctor nie.
    Kelas bermula pukul 1.00-2.00 p.m. Fuh…. Dengan panas terik musim soifi, siapa yang sanggup nak datang kelas waktu nie. Hanya insan yang terpilih sahaja yg sanggup menggagahkan diri untuk mencedok ilmu ini. Dalam kelas nie, doctor ajar asas2 je tapi lagi mendalam. Contohnya  الخبر  . selalu kita belajar hukum dan jenis2nya  . Tapi kali nie kte akan belajar dengan syarat2nya sekali. Kenapa jadi begini. Bila hukumnya harus dan wajib.mne yang perlu didahulukan. مبتدأ أو خبر. Bilamana kite wajib hazafkan khabar misalan bila ada perkataan لو لا. Bila adanya perkataan ini ,mubtada’ wajib dihazafkan. Untuk itu, sebelum mula محاضرة nak x nak mmg kena study dulu. Biar kita lebih jelas dengan penerangan doctor.
   Dalam kelas nie, ak kenal dengan budak arab. Nama die Ayat Awad. Dia yang tegur ak dulu mse mula kelas dulu. Cantik orangnya. Sebaya dengan aku. Kami dah janji akan duduk sama setiap kali kelas. Memang seronokla duduk sebelah arab. Lagi pula , aku diapit oleh dua dak arab. Lg sorang nama dia Ruwaida. Dua2 org Mafraq. Semoga ukhuwah kami berkekalan hingga akhir hayat. Amen. Satu benda yang aku kagum dengan pelajr2 arab. Diarang x malu untuk bertanya dalam kelas. Doctor terang klu diarg x fhm terus Tanya. Aku nak mencontohi sifat diarg tu, tp malu menguasai diri. Hem… sampai bila la diri nak maju??? Btul x??
    Alhamdullillah setakat nie x ngantuk sgt sebab semua yang aku belajr sume bnda baru. Setiap yang aku belajar mesti ada syarat. Klu x hafal dan faham dengan sebetulnya, susahla nak kenal pasti. Ini bermakna ak kena lebihkan belajar dari makan. Itu yang paling penting. Ilmu adalah sgala2nya bg seorang mahasiswa. Ilmu yang membezakan darjat seseorang.Allah telah berfirman dalam Alquran surah Al-Mujadalah ayat 11.



يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ -١١-




 ,  Maksudnya: supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
  Setakat nie dahulu daripada saya. Ada bnda dan cerita yang diingin dikongsi insyaallah بإذن الله   adalah post yang terbaru. Semoga diri ini diberi kesempatan itu.insyaallah.ameen



Tuesday, June 7, 2011

sama kita belajar bhs arab

salah satu cara nak kuasai bahasa arab. banyakkan tgk cerite arab.utk permulaan kte tgk dulu cter kartun. insya allah setiap mggu saya akn post kartun arab.hr tu ada borak dgn kakak bilik. die cerite.ustaz die prnah tanya siapa suka bhs arab?? angkat tgn. die tanya balik btul k suka bhs arab??apa bukti kte cinta dan suka bhs arab bhs alquran nie? salah satu antara bhs antarabangsa.bhs yg plg awal sekali wujud didunia.klu org yg suka bhs arab, die akn gne selalu bhs arab.ckp bhs arab.bce buku arab surat khabarnya.apa pun die akn cbe kuasai bhs arab.(perigtn utk sye jgk) lg sape yg duduk bljr ngaji dkt negara arab mcm mesir jordan moroco syria, sejauh mne penguasaan bhs arab kte setelah duduk dkt ngara arab?? ambillah peluang keemasan ini sebaiknya.samalah kte bertutur dlm bhs arab.ayuh!!!

Wednesday, June 1, 2011

La Tahzan Inna Allaha Ma'ana

apa pun dugaan hadapi dgn tabah d tenang.Allah pasti bersama hambaNya..........Yakinlah

Sunday, May 22, 2011

Insya Allah saya akan kembali.........


    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Peluang yang ada harus sekali jangan dipersiakan. Apabila sudah bermula satu langkah, seharusnya diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Jangan berhenti andai apa pun halangan yang menimpa dan badai yang datang tanpa diduga. Namun aku, manusia biasa yang tidak lari daripada godaan nafsu d dunia. Begitulah ak dalam penulisan blog. Aku terasa malu dengan diriku sendiri. Kenapa aku tidak sekuat untuk menjalankan amanah Allah ini?? Sedangkan sunnah terbesar Rasullah S.A.W.  adalah menyampaikan. Mengapa ak tidak sedar dan cakna bahawa penulisan blog juga adalah salah satu wasilah untuk menyampaikan. Diri ini tidak sekuat dan tak mampu untuk melaksanakan perintah Allah ini. Selalu mengabaikan apa yang disuruh.
   Ya Allah Ya Tuhan Tuhanku, hambamu ini, lemah dan tidak berdaya. Tiada aku mendapat kekuatan melainkan Engkau  yang memberi kekuatan dan kudrat kepada hambaNya untuk melakukan sesuatu. Kadang- kadang aku terfikir apa gunanya ada blog, tapi tidak di’update’. Jangan kalah hanya disebabkan halangan. Sepatutnya halangan itulah yang menjadi pendorong dan motivasi untuk Berjaya. Kalau tidak ada halangan dan cubaan, tiada makna dan ertinya kejayaan. Tiada kemanisan dlm kemenangan itu. Betul x? Pernah terbaca dalam surat khabar Arab “الرأي” ‘فلا حياة مع الحياة ، فلا يأس مع الحياة’ Ya, tiada hidup ini tanpa putus asa, tiada putus asa dalam hidup. Dan Allah telah mengingatkan hamba-hambaNya tentang putus asa dalam surah Yusuf:87 `


janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
   
  

   Allah itu lebih kasih kepada hambaNya melebihi kasih 
seorang ibu kepada anak-anaknya. Dia yang menciptakan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Maka jangan sesekali kita berputus asa.Cayok!!!!          Peringatan ini juga untuk hamba yang menulis. Insan yang  menulis dan menaip ini harus dahulu mempraktikkan apa yang disampaikan daripada insan yang membaca artikel ini. Ayuh sama-sama kita laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang ditegah olehNya. Itulah yang dinamakan  TAQWA.
    
   
 Kepada sahabat blogger yang lain, saya memohon ampun  dan maaf dari hujung tudung hingga hujung stokin atas kesalahan dan kelemahan diri ini. Mohon doa dari kalian agar diri ini diberi kudrat dan kekuatan untuk menyampaikan melalui wasilah ini. Insya Allah. Ameen. Salam MAHABBAH utk ‘anak-anak’ dari ‘ibu keberkatan’. Assalamualaikum……

Saturday, April 9, 2011

asifah jiddan

assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


x tahu nak mula cmne.sbb memang saya jarang mengupdate blog saya. sejak berada di tanah yang lain, saya x pernah meng update blog sye yg satu nie.rasa berdosa sgt.antara sbb saya x update blog nie:


  • diri sendiri x nak
  • nak msk bilik intrnet susah (byk birokrasi)
  • nak tulis tp x pndai nak sampaikn
mungkn lps nie sya x kn update blog nie, insya allah jika de ksmptn sye akn update.sbnrnya, saya nak update tp tulah sbbnya.insya allah dh ada broadband nnt, sye akn rajin update. insya allah.jumpa lg
assalamualaikum.

Saturday, January 8, 2011

Bab 5- Sujud

    Sujud merupakan puncak dari perjalanan rohani kita. Pada saat itu,kita lepas dari seluruh  ikatan duniawi, lepas dari apa yang kita miliki dan lepas dari peangkuan-peangkuan diri. Kita adalah hamba  yang hanya menerima kuasaNya, dihidupkan, dinafaskan, diimankan, ditundukkan, digerakkan,  ditakwakan, diislamkan, dilembutkan, ditenangkan, diterangkan,dimatikan dan dperjalankan menuju kehadratNya. Nabi bersabda, bahawa dari seluruh gerakan solat di dalam sujud inilah saat yang paling dekat dengan Allah secara emosional.

    Posisi sujud mempunyai kesan positif baik secara fizikal mahupun spiritual. Pada saat sujud, seseorang disedarkan bahawa dirinya adalah makhluk yang rendah, makhluk yang lemah. Kemudian diperkuat dengan kalimah yang memiliki getaran transcendental yang akan membawa orang semakin masuk ke dalam diri yang bening:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Terpuji.
    Profeser Hembing menjelaskan, bahawa pada gerakan sujud, semua otot akan berkontraksi. Akibatnya bukan sahaja otot-otot akan menjadi besar dan kuat, tetapi juga membuat urat-urat darah seperti pembuluh nadi ( arteria ) dan pembuluh darah balik (venae ), serta urat-urat getah bening (lympha ) akan terpijat atau terurut, sehingga membuat peredaran darah dan lympha menjadi lancer. Beliau juga menegaskan bahawa sujud sangat baik untuk membantu pekerjaan jantung dan menghindarkan mengerutnya dinding-dinding pembuluh darah (arteriosclerosis ). Waktu sujud, darah dikirim ke otak, berkumpul di otak dan mengalirkan kebutuhan oksigen untuk otak. Oksigen ini sangat diperlukan otak. Menurut pakar kesihatan, otak memperlukan 20% oksigen dari seluruh oksigen yang masuk ke dalam tubuh. Setelah sujud, terus duduk (iftirasy ) @ berdiri kembali sehingga darah turun dari otak kembali lagi ke seluruh tubuh sesuai dengan fisiologi tubuh. Proses sirkulasi darah itu mengangkut darah yang baru untuk memberikan zat pembakar (oksigen ) kepada jaringan –jaringan tubuh.

  Di dalam solat yang dilakukan sendiri, sering Nabi melakukan sujud lama sekali sehingga diriwayatkan beliau memiliki tubuh yang sehat dan ideal. Padahal beliau melakuka aktivitas yang sangat padat dan berat. Bagi beliau, solat merupakan tempat merehatkan tubuh dan fikirannya. Dengan solat, beliau merasa tenang dan bahagia, kondisi sangat diperlukan bagi seorang pejuang mahupun professional.




PRAKTIKAL
Lakukan sujud sehingga sempurna. Bagi laki-laki, kedua siku hendaknya agak direnggangkan dari pinggang. Demikian pula hendaknya direnggangkan jarak antara kedua  kaki. Sebaliknya bagi perempuan, hendaklah merapatkan antara kedua kakinya. Bagi lelaki, sebaik bersujud dengan  agak terangkat. Sebaliknya bagi wanita, sebaiknya ber sujud dengan lebih merapatkan perut dengan pehanya.  Untuk kedua tapak tangan, hendaknya diletakkan di atas tanah sejajar dengan bahu sambil merapatkan @ merenggangkan semua jari2 tangan. Lalu diamlah sehingga benar2 terasa anda terasa terserah kesluruhannya.

  Ketinggian kesedaran manusia adalah setelah ia menyedari bahawa dirinya adalah tubuh  yang berasal daripada tanah kemudian akan dikembalikan sebagai tanah asalnya. Ketinggian rohani manusia adalah di saat roh pergi ke hadrat NYA, sebagai asal muasal sebelum roh ditiupkan kepada sebongkah tanah  yang tidak boleh apa2. Inilah puncak kesedaran kita sebagai manusia. Rasullah ketika melakukan sujud sering dianggap telah meninggal dunia kerana sakit lamanya.

Dengan membaca:

سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده

Akan meneterapi mental kita menjadi manusa yang lebih baik, iaitu manusia yang selalu sedar akan dirinya, من عرف نفسه فقد عرف ربه  sehingga ia akan selalu bersujud dalam segenap keadaan.

Tuesday, December 21, 2010

Bab 4- I'tidal(Sifat Pengembalian)

     Sikap pegembalian, dilakukan dengan berdiri kembali setelah melakukan ruku'.Diamlah sebentar dan biarkan tulang-tulang kembali pada posisinya semula.Dengan melakukan gerakan i'tidal agak lama, memberikan kesempatan agar  aliran darah dari otak turun kembali ke seluruh tubuh. Pada masa yang sama, secara kejiwaan kita mengatakan, bahawa Allah Maha Mendengar orang yang memujinya.(سمع الله لمن حمده).


  Ya Tuhanku, milikMu segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki sesudah itu.

    Jika dilakukan dengan benar, bacaan ini sangat mempengaruhi pembacanya.Kita akan merasakan kebebasan dan kemerdekaan yang luar biasa. Jiwa kita seakan diangkat ke langit spiritual yang tak terbatas. Kita menjadi tidak membawa  beban apa2. Milik tuhan telah kita kembalikan.Roh kita telah bebas terbang tidak terikat oleh nafsu-nafsu yang mengongkong. Rasa memiliki inilah yang membuat kita sering terseksa serta membuat kita panik dan gelisah.Allah bersabda:

"Apabila datang musibah kepada mereka maka mereka mengatakan: sesungguhnya Aku berasal dari Allah dan kepadaNya aku kembali."( Al-Baqarah, 2:156)

    Dengan sikap pengembalian inilah manusia menjadi terbatas dari sensasi perasaan yang berasal dari hati dan sensasi fikiran yang muncul dari otak, serta sensasi na yang muncul dari libido (sex) tubuh kita. Kerana Sang aku bukan itu semua. "Aku" bebas dari itu semua kerana "Aku" kembali kepada Allah. Kondisi seperti ini menurut ahli psikologi dinamakan sebagai Gate Control Theory, iaitu hilangnya pengaruh sensasi tubuh termasuk rasa sakit, rasa gelisah, rasa sedih, dan rasa penat, kerana adanya ransangan dari dalam diri sendiri yang lebih besar dibandingkan ransangan dari luar sehingga menghambat ransangan dari luar tersebut masuk ke dalam otak. Ransangan yang lebih besar pada saat seseorang melakukan sikap pengembalian adalah meningkatkan tingkat kesedaran (altered states of consciousness )., di mana muncul kesedaran jiwa untuk lepas dari ikatan tubuh.

  Sebuah kisah terjadi pada peristiwa Sayyidina Ali, di saat tubuhnya tertusuk anak panah. Beliau merasakan kesakitan ketika anak panah dicabut oleh sahabat yang lain. Kerana tidak tahan dengan sakitnya, maka beliau memutuskan untuk melakukan solat dua raka'at sambil berpesan kepada sahabatnya:" Cabutlah anak panah ini disaat saya sedang solat". Sungguh ajaib, beliau tidak merasakan kesakitan sama sekali di saat anak panah itu dicabut dari tubuhnya. Rasa sakit (sensasi rasa sakit) telah dihambat oleh rasa yang lebih besar iaitu rasa tenang dan nikmat memenuhi otak beliau ketika melakukan  solat

Seorang yang kaya raya telah meminjamkan rumah dan segala perabotnya kepada orang lain selama  20 tahun dengan janji akan diminta kembali pada waktunya nanti. Setelah waktunya tiba, si pemilik rumah datang  untuk mengambil haknya kembali. Jika si peminjam adalah seorang yang sedar atas hal tersebut, maka ia akan berterima kasih atas kebaikan yang telah diberikan kepadanya. Ia tidak akan kecewa, malah terharu, kerana di zaman sekarang masih ada orang yang mahu membantu meminjamkan rumahnya sekian lama. Dia akan berterima kasih berulang-ulang kepada si pemilik rumah dan kalau sudah mengucapkannya, rasa plong sekali dan penuh kebahagian.

Sikap ini terjadi tatkala kita mengembalikan kesedaran kita, bahawa segala sesuatu adalah milik Allah. Dengan sedemikian, akan muncul perasaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa. Hati bening sekali di kala rumah kita terbakar, anak kita mati. Itu semua bukan cubaan, tetapi hanyalah fitnah (presepsi) fikiran kita yang keliru, kerana menganggap semua itu adalah hasil karya kita dan milik kita. Semakin kesedaran kita tertutup( rendah), maka semakin banyak pula terseksa hati kita.


PRAKTIKAL

Berdirilah dengan tenang dan biarkan jiwa kembali pergi ke hadratNya. Sedarkan bahawa penglihatan dan pendengaran yang kita sandang, pernafasan yang mengalir sendiri, jantung yang berdenyut tiada henti, daya kekuatan diri serta otak yang berfikir, kita selaraskan dengan kemahuan kudrat  Ilahi. Lepaskan semua itu perlahan2 dan layangkan kepada Zat Yang Maha Meliputi.Setelah kita benar-benar melepaskan semua energi dan rasa memiliki, kita akan berada pada suasana tidak punya apa2. Kita hanyalah makhluk mendapatkan celupan Allah (صبغة الله). Kita berada dalam kendali kehendak Zat Yang Maha Cerdas.

Biarkan suasana itu terasa sampai mantap. Jangan terburu-terburu untuk bersujud. Dalam kondisi seperti ini tubuh anda akan secara automatik menjadi relaks dan santai. Kondisi dimana otan anda tidak bekerja optimal, seperti fikiran anak kecil: berfikir tanpa pola dan tanpa persepsi. Yang anda rasakan hanya getaran yang mengalir sekujur tubuh yang mengangkat perasaan anda lepas. 

PanDuAn SeHariaN

Pages