Tuesday, February 23, 2010

ARWA BINTI ABDUL MUTALIB

Keistimewaannya terletak pada kepintarannya bersyair dan fasih berbicara. Kelebihan itu melengkapkan lagi pakejnya sebagai wanita dari kalangan anak bangsawan Mekah.ARWA BINTI ABDUL MUTALIB bin Hashim merupakan ibu saudara Rasullah s.a.w. antara orang pertama yang menerima islam juga tersenarai dalam kalangan mereka yang berhijrah ke Madinah serta banyak berjuang mempertahan kan Islam.
Pada zaman Jahiliyah Arwa berkahwin dengan Umair bin Wahab bin Abdul Manaf dan mendapat anak lelaki bernama Kulaib. Selepas Umair meninggal dunia dia berkahwin dengan Arta’ah Bin Syurahbil bin Hashim dan mendapat seorang puteri yang bernama Fatimah.
Selepas menerima Islam Arwa antara orang yang banyak mempertahankan Rasullah. Dia pernh berhadapan dengan Abu Lahab dan Abu Jahal semata-mata mahu menegakkan kebenaran baginda.Malah dia mendidik anaknya, Kulaib agar menjadi lelaki yang berani dan sentiasa berjuang bersama dengan Rasullah.
Dalam satu riwayat diceritakan mengenai Abu Jahal dan rakan-rakannya dating mengganggu Rasullah. Kulaib datang mempertahankan sepupunya Rasullah. Lantas memukul Abu Jahal sehingga luka kepala kafir itu. Orang ramai segera meleraikan pergaduhan itu dengan menangkap Kulaib dan mengikatnya. Kemudian mereka pergi kepada Arwa untuk mengadu hal berkenaan.
“Sebaik-baik hari Kulaib ialah pada hari menolak bahaya yang menimpa sepupunya. Bukankah dia membawa kebenaran di sisi Allah?” Arwa sengaja bertanya sebegitu kepada ornag kafir Quraisy.” “Kalau begitu kamu sudah mengikuti Muhammad? “ kumpulan Quraisy itu menyoal dengan marah.
“Ya!” tegas Kulaib
Syair yang diciptakan Arwa antara yang menyentuh hati. Dia mencipta nya khusus sebelum bapanya meninggal dunia.
Mataku menangis dan memang sudah patutlah dia menangis
Orang Mulia yang sifatnya sungguh pemalu kini sudah pergi
Jaguh dalam budi, terhormat dan mulinya tidak terperi
Kebanggannyasudah terkenal lama tidak pernah pun tersembunyi
Dia satu-satunya pemuda yang tangan sentiasa terbuka lagi murah hati
Dia kuat dan gagah dan tatkala darah mengalir pahlawan berani”

No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages