Tuesday, August 24, 2010

satu hari satu cerita


   Suatu hari ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin Samak, seoarang imam yang sangat zuhud. Dia mengeluh kerana dibebani hutang dan kesulitan mendapatkan wang.
   Ibn Samak lalu bertanya kepadanya:"Berapakah wang yang engkau perlukan?"  Dia menjawab "sepuluh ribu" 
    Ibn Samak betanya lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?"
si fakir menjawab "Tidak mahu"
 Ulama itu berkata lagi: "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidahmu menjadi bisu?" Dia mengulangi jawapan sebentar tadi"Tidak mahu"
  "Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tangan kamu terputus? Sekali lagi orang itu menjawab :" Saya tidak mahu"
  Ulama yang bijak itu lalu berkata:" Kamu memiliki seuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tetapi mengapa masih bersedih??????

itulah dia sahabat, teman rakan dan taulan adik tuan puan satu kisah pendek yang penuh makna dan maksud yang tersirat jika dilihat dengan mata hati.'ibrah yang begitu banyak sekali.lihat saja disekeliling kita.semua yang ade disekeliling kita semua adalah nikmat drpd Allah yang dianugerahkan kpd hambaNYA.tetapi itu semua adlah pinjaman semata-mata.teringat lirik lagu rabbani
"mana milik kita , 
tidak ada milik kita , 
hanya Allah yang punya.
daripada anngota badan kita , ayah ibu adik baradik saudara mara hatta kereta rumah kebijaksanaan yang kita miliki. itu adalah semua nikmat yang tidak terhinnga Pencipta Yang Maha Agung kepada hambanya yang hina ini.maka bersyukurlah dengan semua nikmat yang dikurniakan.gunakan ia untuk mentaatuNya bukan untuk melanggar perintahNYA.itulah tanda kesyukuran kita sebagai menghargai nikmat yang dianugerahkan.
Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rahman (yang diulang sebanyak 31 kali dlm surah ini):
فبأى ءالاء ربكما تكذبان 
Maksudnya: Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..
 setelah membaca tafsiran dlm surah ini, tertarik ana untuk berkongsi dengan saudara saudari sekalian.dlm tafsiran mengikut tafsir Al-jalalain
kamu berdua(jin & dan manusia)
  
استفهام   atau kata tanya yang terdapat dalam ayat ini mengandungi makna taqrir atau menetapkan, demikian itu kerana ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim melalui Jabir r.a. yang telah mencritakan bahawa Rasullah S.A.W. membacakan kepada kami surah ar-Rahman hingga selesai , Kemudian beliau bersabda " Mengapa kalian ini diam sahaja ? Sungguh  jin lebih baik jawapannya daripda kalian kerana tiada sekali-kali aku bacakan kepada mereka ayat ini,(Maka manakah nikmat2 Rabb kamu berdua yang kamu dustakan..) melainkan mereka menjawab " Wahai Rabb kami, tiada satu pun nikmat -Mu yang kami dustakan , bagi-Mu segala puji.
  setakat ini sahaja.marilah sama2 kita fikirkan adakah kita sudah menggunakan semua nikmat yang ada dengan sebaiknya. adkah digunakan untuk mnurut egala perintahNYa atau sebaliknya......fikirkan lah wahai manusia sekalian
akhir kalam ASSALAMUALAIKUM




No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages