Friday, October 28, 2011

KeTENANGan Hati

Dengan Lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم ku bermula kalam ini


Pertama-tamanya marilah kita bersama menadah tangan mengucap segala puji bagi Allah( الحمد لله ) atas nikmat yang x terhingga yang dikurniakan kepada kita. atas nikmat islam dan iman, kesihatan kekayaan , kebahagiaan , ketenangan, kelapangan.nikmatnya sungguh x terkira. hatta sekalipun kte x merasai semua itu, tapi berbhagia lah wahai hati, itu juga satu nikmat sebab kte merasai kasih sayang Allah yang melimpah ruah..

Akhirnya hati ini digerakkan oleh Allah untuk mengisi sesuatu dalam halaman ini. Saya tahu sudah lama blog ini x diisi dengan ilmu @ sebarang perkongsian. Dengan kesibukan mencari rumah disini,(alhamdullilah akhirnya dapat-BAYT MUJAHIDAH),menguruskan kelengkapan rumah baru permulaan fasal yang baru, menyesuaikan diri dengan madah yang semakin mencabar, melayan junior2 yang sangat comel, dan bebagai lagi warna-warni aktiviti yang memerlukan satu tenaga dan tumpuan yang secukupnya. tapi itu bukan satu alasan.apabila diri yang mahu, maka diri itu sendiri perlu amanah dan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

KeTENANGan HATI...
alhamdullilah sekali lagi, apabila membuka inbox email, saya menerima sebuah email yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. SHARING is CARING.saya memetik sedikit kata2 daripada email tersebut.



Di dalam hati ada kekosongan,
yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.
Di dalam hati ada kegelisahan,
yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.
Di dalam hati ada kerisauan,
yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."

Ya.
Ketenangan dan kebahagiaan ada pada Ilahi. Pada Allah. Dia yang mengurniakan rasa tenang harmoni selamat kepada hambaNya.
Kata orang tidak gunanya ada kekayaan isteri\suami yang diidamkan, pangkat yang tinggi, darjat yang mulia jika xde sekelumit ketenangan dalam hati.
Duhai hati, sisipkan seluruh daripada ruangmu untuk aku merasai ketenangam yang Allah beri. Walau apa jua keadaan yang aku hadapi senang @ susah, gembira @ sedih, seorang @ ramai. aku tetap merasai dan mensyukuri ketenangan itu.
kerana tiada nikmat yang paling berharga selain dapat menghayati ketenangan yang Allah kurniakan..
Dalam FirmanNya 

                                      :Maksudnya
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.( surah Ar-Ra'd:28)

Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari ketenagan dalam hati. apalagi marilah berzikir dan berselawat mengingati Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

~Duhai hati, tenanglah.....










Siri 3- Bahasa Jawa

Bertemu lagi dalam siri pembelajaran bahasa jawa..kali ini insya allah kte akan mempelajari beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk perbualan seharian.


Perbuatan
1) madang @ mangan- makan
2) ngombe -minum
3) turu - tidur
4) ngomong - cakap
5) jikok - ambil
6) cokot - gigit
7) mareng - pergi
8) mubeng - pusing
9) pateni - matikan
10) petil - patahkan
11) ngadek - berdiri
12) jagong - duduk 
13) mabur - terbang
14) melayu - berlari
15) main - playonan


* selamat belajar...."ojo isin2"

Saturday, September 3, 2011

HAti yg resah.....

x tahu knp sejak kebalakangan ini. hati ini sring diuji....
satu-satu ujian datang melanda...
bagai badai datang mengubah laluan  ombak....
x tahu kpd kwn yg mne harus ku rujuk.. 
ku bingung kakak yg mana harus ku temui utk merungkai segala masalh....
dengan tiada ibu bapa disisi..

tapi aku tahu
mana arah tuju yg sentiasa menunjukkan ak jalan yg lurus....
mana pendengar yg selalu mndgr rintihan aku ini..
mana pembimbing yg akan menunjukkan jalan kebenaran...
Yang insya Allah tidak akn menyesal sesiapa yg mengadu kepadanya...
dia akn membri apa yg terbaik utk hambaNYa..
x lain x bukan..
ALLAH MAHA AGUNG.....
benarlah FirmanNYA....dlm Surah Al-Baqarah:186


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ -١٨٦- 



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. 


Hayati maknanya.......


Ya Allah tunjukkan aku jalan kebenaran...
permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku..
bersihkan hati dan fikiran ini..
jangan ia dinodai dengan dosa..
aku x sanggup menghadapi ujian kelalaian ini Ya Allah..
Hatiku sakit dan sengsara Ya Allah.
Aku x kuat melainakn Engkau yg memberi ak kekuatan...
Ya Allah perkenankan doa hambumu ini....

Thursday, August 25, 2011

Siri 2- Bahasa JAwa

Assalamualaikum bertemu kembali untuk siri ke-2 pembelajaran bahasa jawa. insya allah tutorial ini lebih kepada bentuk perbualan dan makna2 perkatan....harap dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.....
sempena nak raya nie.ikutlah dn prktikan...


Ngobrol2 sekonco...Rapeah dan Markonah......


Markonah : Assalamualaikum, Rapeah, kabare?
Rapeah     : Wa'alaikumussalam. waras alhamdullilah...
Markonah : Minggu ngarep arek bodo...kepiye  to? Kuwe orong gawe, baju orak tempah meneng.
Rapeah     : Lo kok koyo gitu.. lekas to.sik minggu ngarep waey arek bodo.
Markonah : Nyong kesel.kejo nyong akeh temen.Kue wes rampung orong persiapan bodo?
Rapeah     : Ohh...nyong wes... kabeh... kuwe songo lodong, baju bodo pitu elei.umah nyong kabeh2 diresei.
Markonah : Akeh temen..eneng wong teko apo orak? Kabeh gawe dewean?
Rapeah     : Insya Allah eneng waey...orakla gawe bareng2 karo mak, adek2 nyong..
Markonah : Yelah. apik kue.hmmm. angger cerito karo kue sampe peteng sampe sore orak entek2..Angger 
                  bodo ojo kelalen teko nang umah nyong.Assalamualaikum
Rapeah     : Insya Allah, Wa'alaikumussalam..


Maksudnya:


Perbualan sahabat (Markonah & Rapeah )


Assalamualaikum Rapeah,apa khabar?
Wa'alaikumussalam. sihat alhamdullilah
Minggu depan dah nak raya.Macam mne nie? kuih2 belum buat.baju tak tempah lagi.
La kenapa macam tu sekali.Cepatla sket.minggu depan je nak raya.
Saya penatlah..Kerja banyak sangat.awak dah siap ke persiapan raya?
Ohhh..saya dah..semuanya..kuih sembilan balang.. baju raya 7 helai. rumah saya semuanya sudah dibersihkan.
Banyak betul.. ada orang datang ke?semuanya buat sendiri k?
Insya Allah ade je.xdelah. buat sama2 dengan mak dan adek2
Yelah.. bagus awak. kalau cerita dengan awak sampai gelap sampai petang x habis2.Nanti raya jangan lupa datang rumah saya. Assalamualaikum
Insya Allah Wa'alaikumussalam


Bagaimana boleh ikut x agak2nya? klu ade yg x faham k? nak tanya k gane nak sebutnya?? boleh bertanya di alamt emel saya: arwa_penyair18@yahoo.com...







Friday, August 19, 2011

Bahasa Jawa: x lapuk dek hujan tak lekang dek panas

Jawa......


bahasa yg mungkin nak pupus kalau x diturunkan kepada generasi seterusnya. dan saya sebagai insan yang memang hidup dengan bahasa ini terasa malu sebab x berapa nak tahu sangat pasal bahasa ini.Boleh la nak cakap sedikit2 dan memahami klu org kampung saya bercerita dalam bahasa ini. 


Sebagai langkah pemuliharaan dan pemeliharaan di sini insya allah saya akan membuat lebih kurang macam tutorial bahasa jawa..sesiapa yang nak berkongsi perkataan dan idea. boleh dipersilakan.....(monggo-monggo)


mula2 kita kenal dulu nombor2 dalam bahasa jawa:


Siji - satu
Loro - dua
Telu - tiga
Papat - empat
Limo - lima
Nenem - enam
Pitu - tujuh
Wolu - lapan
Songo - sembilan
Sepuluh - sepuluh


Di sini pula saya sertakan perbualan ringkas utk perkenalan
(perbualan seorang pak cik dengan anak muda)


Wong mudo : Assalamualaikum wak, kabare?
Wak            : Wa'alaikumussalam, alhamdullilah waras..arek mareng ngendi?
Wong mudo :  Orak la dolan-dolan waey.
Wak            : Kelalen to jenengmu sopo?
Wong mudo : Nyong Supardi anak Wak Jeman
Wak            : Ohh...Kerem salam karo bapakmu
Wong mudo : Insya allah..ketemu meneng ye wak.        Assalamualaikum
Wak            : Wa'alaikumussalam...


terjemahan:
Assalamualaikum wak, apa khabar?
Wa'alaikumussalam. alhamdullilah waras. nak pergi mana tu??
 tak delah, jalan2 saja.
lupa pulak. nama kamu siapa?
saya Supardi anak wak Jeman
Ohh....kirim salam dengan bapak kamu..
Insya Allah jumpa lagi wak..assalamualaikum
wa'alaikumussalam..


nantikan ye siri yang seterusnya!!!! Insya Allah...SELAMAT BELAJAR











Tuesday, August 16, 2011

Muhasabah Ramadhan


Sedar x sedar sudah separuh Ramadhan kita lalui.
Mari kita renung kembali..
Berapa banyak amalan yg kte sudah lakukan
Banyak mana muka surat dalam Alquran kita dah habiskn?
Berapa banyak  duit kte habiskan untuk infaq di bulan mulia ini...
Adakah kita sudah tunaikan rukun islam yg ke-4 iaitu zakat fitrah??


Baru2 ini unit tafaqquh ihya' ramadhan prisma ada mengedar risalah
berkenaan ramadhan. satu artikel yang sangat menarik dan harus dibaca
semua orang.
satu analogi yang sangat bertetapan dengan ramadhan..
Ustaz Hasrizal melalui artikelnya itu mengibaratkan Ramadhan 
seperti perlawanan bola sepak...seperti biasa setiap perlawanan
terdapat dua pusingan.....
pusingan pertama sudah kita lalui..(Ramadhan Fasa Pertama)
sekarang sedang berusaha utk berjuang habis-habisan utk yang kedua
agar hasilnya dpt kita kecapi...seharusnya kita sudah mula menguasai pusingan tersebut bukannya pihak lawan 
Pihak lawan yang dimaksudkan adalah pasukan hawa nafsu....
jika pusingan pertama kita sudah ada tanda nak kalah...sepatutnya kita harus bangkit untuk bermain dengan sebaik mungkin agar pasukan tuan rumah(diri kita) dapat meraih kejayaan
tapi
jika pusingan ini yg kedua ini juga sama seperti pusingan yg pertama.....
main mcm x nak main......
kecundang lah kita akhirnya.....


begitulah Ramadhan...
kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh sejak dari sebelum Ramadhan lagi....
agar bulan Ramadhan yang datang dapat kita menunaikan segala kewajipan ibadat dan amalan
yang Allah akan gandakan pahalanya melebihi daripada bulan-bulan yang lain....


Untuk itu, sama2 la kita merenung kembali sejauh mana amalan kita setakat ini(peringatan untuk yg menulis ini juga)
siapa sekarang yg akan hampir2 mencapai kemenangan??
pihak tuan rumah @ pihak lawan??
marilah kita sama2 mendengar video agar sama2 mendapat ibrah!!!!!!!!!!







Friday, August 12, 2011

Puisi Pendek Ramadhan



خلاص يا عسول
رمضان على وصول
حسنات على طول
سيئات بتزول
عسى عمرك يطول




mesej yang ringkas d padat saya terima daripada kawan arab . (versi arab) h 

PanDuAn SeHariaN

Pages