"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.(2:45-46)
Tuesday, June 7, 2011
sama kita belajar bhs arab
salah satu cara nak kuasai bahasa arab. banyakkan tgk cerite arab.utk permulaan kte tgk dulu cter kartun. insya allah setiap mggu saya akn post kartun arab.hr tu ada borak dgn kakak bilik. die cerite.ustaz die prnah tanya siapa suka bhs arab?? angkat tgn. die tanya balik btul k suka bhs arab??apa bukti kte cinta dan suka bhs arab bhs alquran nie? salah satu antara bhs antarabangsa.bhs yg plg awal sekali wujud didunia.klu org yg suka bhs arab, die akn gne selalu bhs arab.ckp bhs arab.bce buku arab surat khabarnya.apa pun die akn cbe kuasai bhs arab.(perigtn utk sye jgk) lg sape yg duduk bljr ngaji dkt negara arab mcm mesir jordan moroco syria, sejauh mne penguasaan bhs arab kte setelah duduk dkt ngara arab?? ambillah peluang keemasan ini sebaiknya.samalah kte bertutur dlm bhs arab.ayuh!!!
Wednesday, June 1, 2011
La Tahzan Inna Allaha Ma'ana
apa pun dugaan hadapi dgn tabah d tenang.Allah pasti bersama hambaNya..........Yakinlah
Sunday, May 22, 2011
Insya Allah saya akan kembali.........
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Peluang yang ada harus sekali jangan dipersiakan. Apabila sudah bermula satu langkah, seharusnya diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Jangan berhenti andai apa pun halangan yang menimpa dan badai yang datang tanpa diduga. Namun aku, manusia biasa yang tidak lari daripada godaan nafsu d dunia. Begitulah ak dalam penulisan blog. Aku terasa malu dengan diriku sendiri. Kenapa aku tidak sekuat untuk menjalankan amanah Allah ini?? Sedangkan sunnah terbesar Rasullah S.A.W. adalah menyampaikan. Mengapa ak tidak sedar dan cakna bahawa penulisan blog juga adalah salah satu wasilah untuk menyampaikan. Diri ini tidak sekuat dan tak mampu untuk melaksanakan perintah Allah ini. Selalu mengabaikan apa yang disuruh.
Ya Allah Ya Tuhan Tuhanku, hambamu ini, lemah dan tidak berdaya. Tiada aku mendapat kekuatan melainkan Engkau yang memberi kekuatan dan kudrat kepada hambaNya untuk melakukan sesuatu. Kadang- kadang aku terfikir apa gunanya ada blog, tapi tidak di’update’. Jangan kalah hanya disebabkan halangan. Sepatutnya halangan itulah yang menjadi pendorong dan motivasi untuk Berjaya. Kalau tidak ada halangan dan cubaan, tiada makna dan ertinya kejayaan. Tiada kemanisan dlm kemenangan itu. Betul x? Pernah terbaca dalam surat khabar Arab “الرأي” ‘فلا حياة مع الحياة ، فلا يأس مع الحياة’ Ya, tiada hidup ini tanpa putus asa, tiada putus asa dalam hidup. Dan Allah telah mengingatkan hamba-hambaNya tentang putus asa dalam surah Yusuf:87 `
janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
Allah itu lebih kasih kepada hambaNya melebihi kasih
seorang ibu kepada anak-anaknya. Dia yang menciptakan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Maka jangan sesekali kita berputus asa.Cayok!!!! Peringatan ini juga untuk hamba yang menulis. Insan yang menulis dan menaip ini harus dahulu mempraktikkan apa yang disampaikan daripada insan yang membaca artikel ini. Ayuh sama-sama kita laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang ditegah olehNya. Itulah yang dinamakan TAQWA.
Kepada sahabat blogger yang lain, saya memohon ampun dan maaf dari hujung tudung hingga hujung stokin atas kesalahan dan kelemahan diri ini. Mohon doa dari kalian agar diri ini diberi kudrat dan kekuatan untuk menyampaikan melalui wasilah ini. Insya Allah. Ameen. Salam MAHABBAH utk ‘anak-anak’ dari ‘ibu keberkatan’. Assalamualaikum……
Saturday, April 9, 2011
asifah jiddan
assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
x tahu nak mula cmne.sbb memang saya jarang mengupdate blog saya. sejak berada di tanah yang lain, saya x pernah meng update blog sye yg satu nie.rasa berdosa sgt.antara sbb saya x update blog nie:
x tahu nak mula cmne.sbb memang saya jarang mengupdate blog saya. sejak berada di tanah yang lain, saya x pernah meng update blog sye yg satu nie.rasa berdosa sgt.antara sbb saya x update blog nie:
- diri sendiri x nak
- nak msk bilik intrnet susah (byk birokrasi)
- nak tulis tp x pndai nak sampaikn
mungkn lps nie sya x kn update blog nie, insya allah jika de ksmptn sye akn update.sbnrnya, saya nak update tp tulah sbbnya.insya allah dh ada broadband nnt, sye akn rajin update. insya allah.jumpa lg
assalamualaikum.
Saturday, January 8, 2011
Bab 5- Sujud
Sujud merupakan puncak dari perjalanan rohani kita. Pada saat itu,kita lepas dari seluruh ikatan duniawi, lepas dari apa yang kita miliki dan lepas dari peangkuan-peangkuan diri. Kita adalah hamba yang hanya menerima kuasaNya, dihidupkan, dinafaskan, diimankan, ditundukkan, digerakkan, ditakwakan, diislamkan, dilembutkan, ditenangkan, diterangkan,dimatikan dan dperjalankan menuju kehadratNya. Nabi bersabda, bahawa dari seluruh gerakan solat di dalam sujud inilah saat yang paling dekat dengan Allah secara emosional.
Posisi sujud mempunyai kesan positif baik secara fizikal mahupun spiritual. Pada saat sujud, seseorang disedarkan bahawa dirinya adalah makhluk yang rendah, makhluk yang lemah. Kemudian diperkuat dengan kalimah yang memiliki getaran transcendental yang akan membawa orang semakin masuk ke dalam diri yang bening:
سبحان ربي الأعلى وبحمده
Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Terpuji.
Profeser Hembing menjelaskan, bahawa pada gerakan sujud, semua otot akan berkontraksi. Akibatnya bukan sahaja otot-otot akan menjadi besar dan kuat, tetapi juga membuat urat-urat darah seperti pembuluh nadi ( arteria ) dan pembuluh darah balik (venae ), serta urat-urat getah bening (lympha ) akan terpijat atau terurut, sehingga membuat peredaran darah dan lympha menjadi lancer. Beliau juga menegaskan bahawa sujud sangat baik untuk membantu pekerjaan jantung dan menghindarkan mengerutnya dinding-dinding pembuluh darah (arteriosclerosis ). Waktu sujud, darah dikirim ke otak, berkumpul di otak dan mengalirkan kebutuhan oksigen untuk otak. Oksigen ini sangat diperlukan otak. Menurut pakar kesihatan, otak memperlukan 20% oksigen dari seluruh oksigen yang masuk ke dalam tubuh. Setelah sujud, terus duduk (iftirasy ) @ berdiri kembali sehingga darah turun dari otak kembali lagi ke seluruh tubuh sesuai dengan fisiologi tubuh. Proses sirkulasi darah itu mengangkut darah yang baru untuk memberikan zat pembakar (oksigen ) kepada jaringan –jaringan tubuh.
Di dalam solat yang dilakukan sendiri, sering Nabi melakukan sujud lama sekali sehingga diriwayatkan beliau memiliki tubuh yang sehat dan ideal. Padahal beliau melakuka aktivitas yang sangat padat dan berat. Bagi beliau, solat merupakan tempat merehatkan tubuh dan fikirannya. Dengan solat, beliau merasa tenang dan bahagia, kondisi sangat diperlukan bagi seorang pejuang mahupun professional.
PRAKTIKAL
Lakukan sujud sehingga sempurna. Bagi laki-laki, kedua siku hendaknya agak direnggangkan dari pinggang. Demikian pula hendaknya direnggangkan jarak antara kedua kaki. Sebaliknya bagi perempuan, hendaklah merapatkan antara kedua kakinya. Bagi lelaki, sebaik bersujud dengan agak terangkat. Sebaliknya bagi wanita, sebaiknya ber sujud dengan lebih merapatkan perut dengan pehanya. Untuk kedua tapak tangan, hendaknya diletakkan di atas tanah sejajar dengan bahu sambil merapatkan @ merenggangkan semua jari2 tangan. Lalu diamlah sehingga benar2 terasa anda terasa terserah kesluruhannya.
Ketinggian kesedaran manusia adalah setelah ia menyedari bahawa dirinya adalah tubuh yang berasal daripada tanah kemudian akan dikembalikan sebagai tanah asalnya. Ketinggian rohani manusia adalah di saat roh pergi ke hadrat NYA, sebagai asal muasal sebelum roh ditiupkan kepada sebongkah tanah yang tidak boleh apa2. Inilah puncak kesedaran kita sebagai manusia. Rasullah ketika melakukan sujud sering dianggap telah meninggal dunia kerana sakit lamanya.
Dengan membaca:
سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده
سبحان ربي الأعلى وبحمده
Akan meneterapi mental kita menjadi manusa yang lebih baik, iaitu manusia yang selalu sedar akan dirinya, من عرف نفسه فقد عرف ربه sehingga ia akan selalu bersujud dalam segenap keadaan.
Tuesday, December 21, 2010
Bab 4- I'tidal(Sifat Pengembalian)
Sikap pegembalian, dilakukan dengan berdiri kembali setelah melakukan ruku'.Diamlah sebentar dan biarkan tulang-tulang kembali pada posisinya semula.Dengan melakukan gerakan i'tidal agak lama, memberikan kesempatan agar aliran darah dari otak turun kembali ke seluruh tubuh. Pada masa yang sama, secara kejiwaan kita mengatakan, bahawa Allah Maha Mendengar orang yang memujinya.(سمع الله لمن حمده).
Ya Tuhanku, milikMu segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki sesudah itu.
Jika dilakukan dengan benar, bacaan ini sangat mempengaruhi pembacanya.Kita akan merasakan kebebasan dan kemerdekaan yang luar biasa. Jiwa kita seakan diangkat ke langit spiritual yang tak terbatas. Kita menjadi tidak membawa beban apa2. Milik tuhan telah kita kembalikan.Roh kita telah bebas terbang tidak terikat oleh nafsu-nafsu yang mengongkong. Rasa memiliki inilah yang membuat kita sering terseksa serta membuat kita panik dan gelisah.Allah bersabda:
"Apabila datang musibah kepada mereka maka mereka mengatakan: sesungguhnya Aku berasal dari Allah dan kepadaNya aku kembali."( Al-Baqarah, 2:156)
Dengan sikap pengembalian inilah manusia menjadi terbatas dari sensasi perasaan yang berasal dari hati dan sensasi fikiran yang muncul dari otak, serta sensasi na yang muncul dari libido (sex) tubuh kita. Kerana Sang aku bukan itu semua. "Aku" bebas dari itu semua kerana "Aku" kembali kepada Allah. Kondisi seperti ini menurut ahli psikologi dinamakan sebagai Gate Control Theory, iaitu hilangnya pengaruh sensasi tubuh termasuk rasa sakit, rasa gelisah, rasa sedih, dan rasa penat, kerana adanya ransangan dari dalam diri sendiri yang lebih besar dibandingkan ransangan dari luar sehingga menghambat ransangan dari luar tersebut masuk ke dalam otak. Ransangan yang lebih besar pada saat seseorang melakukan sikap pengembalian adalah meningkatkan tingkat kesedaran (altered states of consciousness )., di mana muncul kesedaran jiwa untuk lepas dari ikatan tubuh.
Sebuah kisah terjadi pada peristiwa Sayyidina Ali, di saat tubuhnya tertusuk anak panah. Beliau merasakan kesakitan ketika anak panah dicabut oleh sahabat yang lain. Kerana tidak tahan dengan sakitnya, maka beliau memutuskan untuk melakukan solat dua raka'at sambil berpesan kepada sahabatnya:" Cabutlah anak panah ini disaat saya sedang solat". Sungguh ajaib, beliau tidak merasakan kesakitan sama sekali di saat anak panah itu dicabut dari tubuhnya. Rasa sakit (sensasi rasa sakit) telah dihambat oleh rasa yang lebih besar iaitu rasa tenang dan nikmat memenuhi otak beliau ketika melakukan solat
Seorang yang kaya raya telah meminjamkan rumah dan segala perabotnya kepada orang lain selama 20 tahun dengan janji akan diminta kembali pada waktunya nanti. Setelah waktunya tiba, si pemilik rumah datang untuk mengambil haknya kembali. Jika si peminjam adalah seorang yang sedar atas hal tersebut, maka ia akan berterima kasih atas kebaikan yang telah diberikan kepadanya. Ia tidak akan kecewa, malah terharu, kerana di zaman sekarang masih ada orang yang mahu membantu meminjamkan rumahnya sekian lama. Dia akan berterima kasih berulang-ulang kepada si pemilik rumah dan kalau sudah mengucapkannya, rasa plong sekali dan penuh kebahagian.
Sikap ini terjadi tatkala kita mengembalikan kesedaran kita, bahawa segala sesuatu adalah milik Allah. Dengan sedemikian, akan muncul perasaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa. Hati bening sekali di kala rumah kita terbakar, anak kita mati. Itu semua bukan cubaan, tetapi hanyalah fitnah (presepsi) fikiran kita yang keliru, kerana menganggap semua itu adalah hasil karya kita dan milik kita. Semakin kesedaran kita tertutup( rendah), maka semakin banyak pula terseksa hati kita.
PRAKTIKAL
Berdirilah dengan tenang dan biarkan jiwa kembali pergi ke hadratNya. Sedarkan bahawa penglihatan dan pendengaran yang kita sandang, pernafasan yang mengalir sendiri, jantung yang berdenyut tiada henti, daya kekuatan diri serta otak yang berfikir, kita selaraskan dengan kemahuan kudrat Ilahi. Lepaskan semua itu perlahan2 dan layangkan kepada Zat Yang Maha Meliputi.Setelah kita benar-benar melepaskan semua energi dan rasa memiliki, kita akan berada pada suasana tidak punya apa2. Kita hanyalah makhluk mendapatkan celupan Allah (صبغة الله). Kita berada dalam kendali kehendak Zat Yang Maha Cerdas.
Biarkan suasana itu terasa sampai mantap. Jangan terburu-terburu untuk bersujud. Dalam kondisi seperti ini tubuh anda akan secara automatik menjadi relaks dan santai. Kondisi dimana otan anda tidak bekerja optimal, seperti fikiran anak kecil: berfikir tanpa pola dan tanpa persepsi. Yang anda rasakan hanya getaran yang mengalir sekujur tubuh yang mengangkat perasaan anda lepas.
Friday, December 17, 2010
Bab 3-Ruku'
عن مسعود البدر رضي الله عنه قال النبي صلى الله عليه وسلم: لا تجزء صلاة الرجل حتى يقيم ظهره الركوع والسجود
(ابو داود والنسائي)
" Nabi bersabda: Tidak sempurna solat seseorang sehingga diluruskannya belakangnya di waktu ruku' dan sujud."(HR Abu Daud dan Tirmizi)
Kita sering menganggap, bahawa gerakan-gerakan solat bukan bahagian dari pekerjaan solat sehingga kita hanya berkonsentrasi pada bacaannya saja untuk kemudian cepat-cepat menyelesaikannya.Padahal, ruku' merupakan rukun dari solat itu sendiri sehingga diperlukan gerakan yang sempurna dan tu'm aninah. Mari kita buang pandangan lama kita tentang solat.Sebenarnya kita melakukan solat adalah untuk melatih rohani dan fizik, sebagaimana orang-orang melatih dirinya dengan meditasi yoga @ yang lainnya,sehingga kita mendampakkan kesan yang sebaik setelah menjalankan solat, baik secara kejiwaan mahupun jasmani'. Kerana itu, ruku'lah dengan sempurna.
Jika sikap ruku' ini dilaksanakan secara sempurna maka penyakit yang bersumber pada ruas tulang belakang dapat dihindari, seperti nyeri tulang belakang (acute lumbago) dan nyeri bahu (displacement of the cervical colum with humero scapular periathitis). Sementara itu, jiwa menjadi tenang dan tunduk mengikuti kemahuan penciptanya.
PRAKTIKAL
Sambil mengucapkan takbir: " الله أكبر", dengan kesedaran sang Aku tetap berada di atas tubuh, ruku'lah pada posisi ruku', kedua kaki merapat dan kedua tangan memegang kedua lutut berdampingan. Demikian pula halnya dengan tumit, keduanya harus sejajar.Kedua lutut harus diluruskan dan dirapatkan. Dagu diletakkan di atas tulang dada. Selanjutnya, badan dilengkungkan dengan dahi ke arah lutut. Lakukanlah dengan sikap sempurna sampai anda merasakan ada tarikan otot dibelakang lutut anda.
Posisi ruku' ini melenturkan tulang belakang, menggerakkan otot-otot yang kaku serta mengendorkan ruas-ruas tulang belakang agar tulang belakang kembali sesuai dengan anatominya.Latihan ini akan membuat anda berada dalam posisi istirehat. Tulang-tulang kembali kepada tempatnya yang tentunya akan menyihatkan anda. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar pada posisi istirehat dan relaks ini.
.
Sikap ini harus dilanjutkan dengan melatih jiwa kita dengan terapi kalimat yang penting dalam bacaan ruku' . Pengulangan kalimat ini mengandungi vibrasi yang sangat kuat dalam mempengaruhi kejiwaan kita, apabila dilakukan dengan benar dan bersikap meditatif:
Jika sikap ruku' ini dilaksanakan secara sempurna maka penyakit yang bersumber pada ruas tulang belakang dapat dihindari, seperti nyeri tulang belakang (acute lumbago) dan nyeri bahu (displacement of the cervical colum with humero scapular periathitis). Sementara itu, jiwa menjadi tenang dan tunduk mengikuti kemahuan penciptanya.
PRAKTIKAL
Sambil mengucapkan takbir: " الله أكبر", dengan kesedaran sang Aku tetap berada di atas tubuh, ruku'lah pada posisi ruku', kedua kaki merapat dan kedua tangan memegang kedua lutut berdampingan. Demikian pula halnya dengan tumit, keduanya harus sejajar.Kedua lutut harus diluruskan dan dirapatkan. Dagu diletakkan di atas tulang dada. Selanjutnya, badan dilengkungkan dengan dahi ke arah lutut. Lakukanlah dengan sikap sempurna sampai anda merasakan ada tarikan otot dibelakang lutut anda.
Posisi ruku' ini melenturkan tulang belakang, menggerakkan otot-otot yang kaku serta mengendorkan ruas-ruas tulang belakang agar tulang belakang kembali sesuai dengan anatominya.Latihan ini akan membuat anda berada dalam posisi istirehat. Tulang-tulang kembali kepada tempatnya yang tentunya akan menyihatkan anda. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar pada posisi istirehat dan relaks ini.
.
Sikap ini harus dilanjutkan dengan melatih jiwa kita dengan terapi kalimat yang penting dalam bacaan ruku' . Pengulangan kalimat ini mengandungi vibrasi yang sangat kuat dalam mempengaruhi kejiwaan kita, apabila dilakukan dengan benar dan bersikap meditatif:
سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده
Lalu diamlah sehingga anda benar-benar merasakan getaran yang dikandung kalimat tersebut, bahawa Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung dan segala pujian bagi Nya. Keadaan ini akan membuat anda menjadi nol kembali, seperti alam dimana alam bergerak tanpa kemahuan dirinya. Alam hanya bergerak mengikuti nalurinya yang dikendalikan oleh Yang Maha Besar. Kita akan menjadi nol seperti bayi! Inilah keadaan yang dicari orang dalam meditasi tai chi iaitu tao ( kosong tapi ada ).
* nol-sifar
Subscribe to:
Posts (Atom)
