Friday, December 17, 2010

Bab 3-Ruku'

عن  مسعود البدر رضي الله عنه قال النبي صلى الله عليه وسلم: لا تجزء صلاة الرجل حتى يقيم ظهره الركوع والسجود
(ابو داود والنسائي)
"  Nabi bersabda: Tidak  sempurna solat seseorang sehingga diluruskannya belakangnya di waktu ruku' dan sujud."(HR Abu Daud dan Tirmizi)

  Kita sering menganggap, bahawa gerakan-gerakan solat bukan bahagian dari pekerjaan solat sehingga kita hanya berkonsentrasi pada bacaannya saja untuk kemudian cepat-cepat menyelesaikannya.Padahal, ruku'  merupakan rukun dari solat itu sendiri sehingga diperlukan gerakan yang sempurna dan tu'm aninah. Mari kita buang pandangan lama kita tentang solat.Sebenarnya kita melakukan solat adalah untuk melatih rohani dan fizik, sebagaimana orang-orang melatih dirinya dengan meditasi yoga @ yang lainnya,sehingga kita mendampakkan kesan yang sebaik setelah menjalankan solat, baik secara kejiwaan mahupun jasmani'. Kerana itu, ruku'lah dengan sempurna.


   Jika sikap ruku' ini dilaksanakan secara sempurna maka penyakit yang bersumber pada ruas tulang belakang dapat dihindari, seperti nyeri tulang belakang (acute lumbago) dan nyeri bahu (displacement of the cervical colum with humero scapular periathitis). Sementara itu, jiwa menjadi tenang dan tunduk mengikuti kemahuan penciptanya.


PRAKTIKAL


   Sambil mengucapkan takbir: " الله أكبر", dengan kesedaran sang Aku tetap berada di atas tubuh, ruku'lah pada posisi ruku', kedua kaki merapat dan kedua tangan memegang kedua lutut berdampingan. Demikian pula halnya dengan tumit, keduanya harus sejajar.Kedua lutut harus diluruskan dan dirapatkan. Dagu diletakkan di atas tulang dada. Selanjutnya, badan dilengkungkan dengan dahi ke arah lutut. Lakukanlah dengan sikap sempurna sampai anda merasakan ada tarikan otot dibelakang lutut anda.


  Posisi ruku' ini melenturkan tulang belakang, menggerakkan otot-otot yang kaku serta mengendorkan ruas-ruas tulang belakang agar tulang belakang kembali sesuai dengan anatominya.Latihan ini akan membuat anda berada dalam posisi istirehat. Tulang-tulang kembali kepada tempatnya yang tentunya akan menyihatkan anda. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar pada posisi istirehat dan relaks ini.
 .
   Sikap ini harus dilanjutkan dengan melatih jiwa kita dengan terapi kalimat yang penting dalam bacaan ruku' . Pengulangan kalimat ini mengandungi  vibrasi yang sangat kuat dalam mempengaruhi kejiwaan kita, apabila dilakukan  dengan benar dan bersikap meditatif:




سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده
سبحان ربي العظيم وبحمده

  Lalu diamlah sehingga anda benar-benar merasakan getaran yang dikandung kalimat tersebut, bahawa Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung dan segala pujian bagi Nya. Keadaan ini akan membuat anda menjadi nol kembali, seperti alam dimana alam bergerak tanpa kemahuan dirinya. Alam hanya bergerak mengikuti nalurinya yang dikendalikan oleh Yang Maha Besar. Kita akan menjadi nol seperti bayi! Inilah keadaan yang dicari orang dalam meditasi tai chi iaitu tao ( kosong tapi ada ).

* nol-sifar

No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages