Friday, June 22, 2012

Percayalah pada dirimu!!!!


berubahlah dengan hati



Diri ini hakikatnya memang ingin berubah
Berubah ke arah kebaikan
Manusia… yang ingin berubah
Setiap saat yang dinantikan. mahukan ada sesuatu yang lain pada dirinya

Dia yang dahulunya tidak pandai berbicara
Pasti mahu petah berkata2 setiap kali berhadapan dengan manusia
Dia yang dahulunya malas untuk berfikir menyelesaikan masalah
Pasti mahu cakna dengan isu sahabatnya dan dirinya yang dilanda masalah
Tampil kehadapan untuk memberi solusi
Dia yang dahulunya sering berfikiran “nanti dululah” masa masih banyak lagi…
Pasti mahu segera dan sentiasa proaktif dalam tindakannya.
Dia yang dahulunya diam apabila rakan2 lain memberikan pendapat masing2
Pasti mahu menjadi orang pertama yang memberi respon yang mantap sekali
Dia yang dahulunya selalu kelihatan tidak bermaya, mata sentiasa kuyu, badan sentiasa layu
Pasti mahu kelihatan bersemangat dan rasa hammasah yang tinggi dalam dirinya
Dia yang dahulunya berfikiran negatif dan selalu rendah diri
Pasti mahu positif akalnya dalam menilai dan rendah hati yang tinggi

Diri yang mahu berubah ……
Berubahlah bersama dengan yang lain
Kita manusia yang lemah
perlukan bantuan
berkehendak sokongan
berhajatkan  dorongan
bantulah dirimu untuk berubah

Semua manusia ada baik dan buruk dalam dirinya
Terpulang kepada dirinya mana satu yang hendak lebih banyak dizahirkan
Masing2 ada pilihan… buatlah pilihan yang terbaik

Ku sedar apabila diri ini sudah memasuki ke alam ini
Banyak perubahan yang tanpa aku sedari
Sedikit demi sedikit tampak perubahannya
Biar pun tidak banyak hakikatnya perlu istiqomah pada perubahan itu yang penting

Ia mengajar aku berlapang dada
Sentiasa menepati masa
Cakna dengan isu semasa
Eratkan silaturrahim
Sentiasa bersemangat
Dan ihsan dalam amal

Terima kasih tarbiyah!!!!!
Tarbiyah bukanlah segalanya
Tapi semuanya bermula dengan tarbiyah…

No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages