Thursday, December 16, 2010

Bab 2- Praktik Berdiri dan Takbiratul Ihram

   Setiap orang boleh melakukan perbuatan berdiri,  tetapi perbuatan ini akan terasa berbeza jika anda sedang berdiri di depan  panggung untuk pertama kalinya.tanpa sedar, keringat telah membasahi seluruh tubuh. Leher terasa sulit digerakkan, seolah tidak ada pelumasnya.Perut jadi kaku, bahkan keinginan untuk buang air kecil pun ikut-ikutan menyibukkan ,menjelang acara naik panggung.


   Keadaan ini sering terjadi dalam kehidupan sehari-hari yang selalu menghiasi kehidupan kita, baik di pejabat, di rumah, di ruang pertemuan, di saat mendengarkan penceramah memberikan ceramah, bahkan mungkin di saat kita melaksanakan solat. Hampir  24 jam kita diliputi rasa tegang dan cemas. Tanpa terasa, kita telah menyeksa tubuh kita sehingga banyak menimbulkan dampak yang tidak baik terhadap organ-organ tubuh. Hidup seperti didera oleh kehidupan yang menyeksakan.


   Sulit untuk memberikan gtuambaran seperti apa yang dimaksudkan dengan relaks, kerana orang ketika diperintahkan untuk relaks malah "mencari relaks".  Sebenarnya yang harus dilakukan bukan "mencari" tetapi "kembali". Barangkali anda masih ingat, ketika masa kanak-kanak sedang bermain di lapangan sambil membawa lari sebuah layang-layang yang dihiasi ekor yang panjang, sambil mengharapkan ada angin yang kencang yang akan membawanya terbang ke angkasa tinggi sekali. Ianya hanya terfokus kepada apa yang dikerjakan . Cuba anda bayangkan kembali saat anda menarik benang lalu mengulur. Lakukan sekarang, seolah-olah ada benang ditangan anda.Rasakan bahawa anda telah mengembalikan keadaan seperti di masa kanak-kanak yang sudah lama tidak kita dapatkan.Guru-guru tai chi di Cina menamakanya sung , iaitu sebuah rasa pergerakan yang bukan berasal dari kekuatan otot,, melainkan dari energi dalaman yang menggabungkan pernafasan dan fikiran.


  Upaya tanpa usaha, sebuah kontradiksi yang dapat dicapai dengan cara menanamkan sikap rela(pasrah) secara terus menerus, mengalahkan ego dan melepaskan ketegengan yang tidak diinginkan. Keadaan ini hanya boleh dilakukan jika kesedaran kita berada di atas kesedaran tubuh.


  Sekarang lakukanlah latihan sebagaimana di bawah ini.


    Berdirilah dengan kedua kaki sejajar ,terpisah selebar bahu, dengan berat tubuh terbahagi rata. Posisi rangka tubuh menggantung, seolah ditahan dari puncak kepala, ibarat kain basah yang digantung.


  Kendurkan seluruh persendian, sehingga berat tubuh tertumpu ke bawah dan mengakar melalui kedua kaki.Sepohon cemara yang lentur diterpa oleh angin kencang, akarnya berfungsi sebagai tumpuan batang yang mengikuti gerakan kemana pun angin bertiup.


  Biarkan kedua tangan anda menggantung bebas di kedua sisi tubuh.


    Berdirilah diam. Bernafaslah secara alamiah dan biarkan tubuh mengenali hubungannya dengan bumi. Biarkan beberapa saat sehingga anda benar-benar merasakan persendian tubuh kembali pada tempatnya semula.


  Setelah tubuh anda kendor dan nyaman, perlahan-perlahan sedarkan diri anda bahawa kita bukanlah tubuh ini. bukan kepala, bukan hati(perasaan)."Aku" adalah yang selalu sedar berada di atas perasaan, di atas tubuh ini, di atas fikiran ini, di atas rasa gelisah."Aku" adalah makhluk mental yang berasal dari tiupan Ilahi yang suci. Kalau anda memejamkan mata, anda akan merasakan dan boleh membezakan mana "Aku" yang sebenarnya. Disitu, ada "Aku" yang memperhatikan sensasi badan seperti lapar, sakit, sensasi yang menyenangkan, juga kesedihan. Anda akan boleh menyedari, bahawa ternyata sebenarnya bukan "Aku" yang lapar, sakit, dan sedih tetapi semua itu adalah  sensasi peralatan @ instrumen yang dimilki sang "Aku". Anda sebenarnya berada di luar @ di atas semua alat-alat tadi! Maka dari itu, anda harus melepaskan diri anda dari yang bukan  
hakiki(sebenarnya) agar tidak diombong-ambingkan oleh peralatan anda sendiri.


  Sedari "Aku" adalah yang menguasai perasaan dan fikiran. Jadilah tuan atas diri anda sendiri. Keluarlah dari tubuh anda seperti anda melepaskan baju, lalu tinggalkan dan jangan anda memikirkan semuanya itu, kerana peralatan anda mempunyai naluri yang akan bergerak menurut fungsinya masing-masing. Perhatikan saat anda tidur, "Aku" anda meninggalkan tubuh anda tanpa harus memikirkan bagaimana badanku nanti, Kenyataanya, instrumen tubuh dapat bekerja menurut yang dikehendaki oleh nalurinya sendiri.


SANG AKU NAIK KE LANGIT ( MI'RAJ)  
        
    Aku datang menghadap kepada wujud Zat yang menciptakan langit dan bumi dengan selurus-lurusnya. Sebuah perjalanan spiritual yang harus diperhatikan sehinggan jiwa kita benar-benar menembus wilayah yang tiada hujung, yang lepas tak terbatas(takbiratul ihram). Inilah kesedaran tertinggi dalam spiritual solat(mi'rkiajul mukminin)


PRAKTIKAL


   Sedarkan bahawa sang Aku adalah roh yang murni, yang berada di atas tubuh, di atas fikiran, di atas perasaan, di atas rasa sedih.Lepaskan perlahan-perlahan roh anda( Aku ) lalu bergeraklah untuk hadir menuju Zat yang Maha Tidak Terhingga.Diamlah sejenak sehingga anda merasakan betul pergerakan roh itu mendesir keluar sehingga muncul kesedaran, bahawa roh anda adalah sesuatu yang terpisah dengan tubuh dan sensasi instrumennya.Aku adalah roh murni yang bersih, yang selalu sedar kepada Allah untuk kembali إن لله وإن إليه راجعون.


   Apabila anda melakukannya denagn tepat, maka roh itu akan bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh emosi atau fikiran anda sendiri. Ia akan bergerak dengan cepat menuju keadaan yang luas tidak terbatas. Posisi ini merupakan pembebasan(kemerdekaan) bagi jiwa dari dorongan untuk mengikuti nafsu-nafsu yang muncul dari tubuh kita. Ia akan selalu berada di atas tubuh kita, sehingga ia tidak mudah terseret dan diombang-ambingkan oleh naluri tubuhnya.


  Bertakbirlah dengan: "الله أكبر"....... lepaskan roh anda sehingga terarah ke, pada yang Maha Besar, Yang tak      
Terbatas. Pertahankan keadaan yang luas dan bebas. Biarkan sampai anda tidak merasa goyah lagi. Teguhkan, bahawa sang Aku adalah roh yang berasal dari tiupan Ilahi, yang akan menangkap kalam-kalam Ilahi. Diamlah agar anda benar-benar murni, anda akan merasakan getaran yang menyelimuti halus sekali. Kemudian lakukanlah sikap memasrahkan diri.


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku mengikut kehendak Zat Yang Maha Mengatur Alam Semesta".( Surah Al-An'am:162)

   Rasakan perubahan keadaan jiwa dan tubuh anda. Ulangi lagi sampai anda benar-benar merasakan roh anda bergerak ......bangkit!

    Pastikan bahawa sang aku telah bebas dari kesedaran rendahnya, lalu bacalah surah Al-fatihah sebagai penunjuk jalan rohani kita menuju Allah.Biarkan roh meluncur dibawa tuntunan Allah SWT:

     "Hanya pada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan".(Al-Fatihah:5)

   Pada saat inilah keadaan roh kita merasa bebas dan luas sekali. Sebuah kenikmatan yang tiada bandingannya.Lanjutkanlah dengan membaca surah dalam Al-Quran yang mudah bagi anda. Bacalah, seolah anda membacanya dihadapan Sang Pencipta, sambil mengharap agar diturunkan ketenangan dan rahmatNya. Di samping itu, bacaan Al-Quran juga mengandungi getaran yang mampu mengubah jiwa kita.

p\s: tulisan yang berwarna merah (bahasa indonesia)

dampak-kesan

No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages