Wednesday, December 1, 2010

Resipi nasi bukhari ummi saya

nasi bukhari(tp ini bkn yg ummi saya masak )




Alhamdullilah hari ini saya berpeluang tolong ummi masak nasi bukhari.boleh tanya2 macam mana nak buat nasi bukhari.ada ke rahsia2 utk menyedapkan lagi.teringat saya thn lepas ummi buatkn nasi bukhari masa saya menghadapi peperiksaan spm sebanar.dptlah menjamah bersama rakan2 yg len.rasanya masa 2 pertama kali ummi buat nasi bukhari.hmmmmm. sedapnya hingga menjilat jari.x mahu cerita panjang. jom kita lihat apa resipinya.mudah dan senang untuk dimasak.


NASI BUKHARI
Menu utama
1) Nasi Bukhari
2) Daging Masak Merah
3) Arca


Bahan-bahan
NASI BUKHARI  


  1. Beras
  2. Air
  3. Daging
  4. Bawang putih dan merah
  5. Halia
  6. Kayu manis
  7. Bunga cengkih
  8. Buah pelaga                       


 DAGING MASAK MERAH


  1. Bahan untuk dikisar(Bawang merah dan putih, halia, tomato, cili kering, lengkuas)
  2. Daging
  3. Kentang yang sudah digoreng
  4. Daun kunyit
  5. Santan cair
  6. Kerisik ( jika perlu)
  7. Garam dan gula                          


  ARCA 


  1. Tomato
  2. Timun
  3. Cili besar
  4. Bawang besar
  5. Udang kering




Cara-cara
NASI BUKHARI
  • Basuh beras sehingga bersih.masukkan sedikit air dan tanak dlm rice cooker.
  • Tumis bawang putih dan merah bersama daging, halia, kayu manis, buah pelaga, dan bunga cengkih.tumis sehingga bau naik.masukkan garam(jgn dilupakan)
  • Apabila daging sudah masak,masukkan pes tomato ke dalam tumisan.
  • selepas itu masukkan campuran pes tomato dan tumisan ke dalam nasi di rice cooker.
DAGING MASAK MERAH
  • Kisar semua bahan yang perlu dikisar.kemudian tumiskan bhn tersebut bersama daging.tumis sehingga naik bau dan hilang minyak.
  • Masukkan asam keping.gaul sehingga rata.
  • Masukkan kentang.kemudian masukkan santan cair.gaul lagi.
  • Kemudian masukkan kerisik(jika mahu, xde pun xpe).
  • Sebagai perasa masukkan garam dan gula secukup rasa.    
ARCA
  • Potong timun, tomato, cili besar dan bawang besar (ikut cita rasa)
  • Tumbuk udang kering sehingga halus.
  • Campurkan semua bahan dan letak gula dan garam secukup rasa.
Apabila siap semua menu, boleh dihidang untuk santapan bersama.............

P\s: memang sukatan x diberi. terpulang kepada anda utk meletakkannya.ikutlah berapa orang yang nak dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!( mulakanlah dengan BASMALAH)

مع التوفيق والنجاح

No comments:

Post a Comment

PanDuAn SeHariaN

Pages