Sunday, December 5, 2010

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca.
Beruntunglah orang yang menjadikan tabiat membaca sebagai hobinya sejak kecil.Membaca memberikan satu ilmu yang sangat berguna,  bergantung kepada  bahan apa yang kita baca. jika bahan yang memberikan kita 1001 ilmu seperti Al-quran, buku motivasi,buku teks, jurnal, mahupun novel.hal ini dapat memberikan manfaat kepada pembacanya. sebaliknya jika kita memilih bahan bacaan picisan seperti komik, majalah hiburan.dan inilah membuang masa sahaja jika kita tidak mendapat 'ibrah daripadanya. Firman Allah dalam surah al-'alaq ayat 1-5
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ -١- خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ -٢- اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ -٣- الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ -٤- عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ -٥-






Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang Menciptakan.Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia.Yang Mengajar (manusia) dengan pena.Dia Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh(ihsan).Begitu juga dengan membaca.Pembaca memerlukan kemahiran yang betul dan tepat untuk memastikan input yang kita baca dapat dihadam dengan sebaiknya.mari kita teliti satu persatu teknik membaca. keslahan dalam membaca dan langkah membaca cepat.


PREVIEWING
teknik membaca sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran teks secara umum.Dengan preview pencapaian pemahaman maklumat dapat digarap dengan cepat, bahkan boleh membantu pembaca mengikuti gagasan penulisnya.


Bahagian yang dipreview


  •  Judul buku, penulis, penerbit dan tahun terbit
  • Genre @ jenis buku
  • Jumlah muka surat dan harga
  • Kata penerbit, kata penghantar, dan pendahuluan
  • Daftar isi kandung dan bilangan bab
  • Lampiran glosari, bibiliografi dan indeks
  • Jadual, carta, peta, ilustrasi dan foto
SCANNING
  • Menggerakkan mata dengan cepat pada setiap muka surat
  • Teknik membaca cepat untuk mencari maklumat yang anda inginkan
  • Maklumat didapati dengan bacaan secara melompat-lompat dengan melibatkan asosiasi(perkaitan) dan imiginasi(gambaran), sehingga dapat memahami bacaan tersebut kita dapat menghubungkan sesuatu kalimah dengan perkataan sendiri.
  • Tidak seluruh isi @ kalimah dibaca. Biasanya kata-kata kunci sahaja yang menjadi perhatian. Teknik ini biasa dilakukan ketika membaca akhbar harian iaitu mencari topik  berita yang dianggap menarik sahaja.
  • Sering kali anda sudah tahu apa yang anda kehendaki sehingga fikiran anda tetap fokus kepada penemuan jawapan.
  • Scanning akan menjawab apakah sumber bacaan itu relevan dengan kepentingan anda. ketika membuat scanning, anda akan tertumpu pada pola penulisan, tatabahasa, pernomboran, abjad, langkah-langkah seperti satu dan seterusnya, perkataan yang ditebalkan(bold), condong(italic) ,bergaris(underline), saiz huruf( point) yang berbeza, bentuk huruf yang berbeza(font), gaya cetak @ warna. Seringkali penulis, pereka bentuk dan penerbit akan menempatkan idea pokok @ penekanan tajuk dengan cara ini.
  • Jika anda membaca buku yang standard, gunakan indeks untuk mencari idea @ kata kunci .
SKIMMING
  • Teknik membaca cepat secara garis kasar sekilas lalu untuk mengenal pasti idea pokok sebuah teks @ gambaran umum isi buku.
  • Tidak perlu membaca perkataan demi perkataan seperti membaca not muzik
  • Kelajuan membaca 3 hingga 4 kali lebih cepat daripada kelajuan biasa.
  • Teknik digunakan jika banyak bacaan yang dibaca dalam masa yang terhad.
  • Gunakan skimming untuk melihat apakah teks @ buku tersebut sesuai @ relevan dengan bidang kajian anda
  • Langkah skimming , awalnya sama dengan previewing iaitu membaca judul dengan cepat, subjudul, lalu membaca ayat pertama @ terakhir setiap perenggan kerana biasanya idea pokok ada di situ.
  • Ingat bahawa anda menggunakan teknik skimming untuk mencari maklumat khusus bukan pemahaman secara menyeluruh. Idea pokok juga akan tergambar pada fakta yang diberikan dalam jadual graf @ peta.
  • Sebagai gambaran teknik ini seperti kita mencari erti perkataan dalam kamus @ mencari  nombor telefon dalam buku telefon
MEMBACA "WORD TO WORD"
Membaca seperti ini dipanggil pembacaan cermat. Ia memerlukan ketekunan dan pemahaman yang mendakam. Proses ini memerlukan masa yang panjang untuk satu sesi pembacaan.


TEKNIK MEMBACA CEPAT


  • Timbulkan minat yang tinggi.
  • Gunakan jari sebagai penunjuk
  • Terus maju
  • Yang penting ideanya
  • Lompatilah yang tidak menarik
  • Waktu senggang
  • Gunakan highlighter
  • Abaikan huruf -lihat frasa bukan perkataan
  • aLatihan-latihan-latihan
p\s:tulisan ini diambil dr majalah solusi isu18 tulisan Hj. Muhammad Zakaria



1 comment:

  1. teringat kaedah ni diajar oleh kak nisa' masa program paksi ^^

    ReplyDelete

PanDuAn SeHariaN

Pages